Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Wednesday, 27 June 2018

UMNO BANGKIT! KENAPA PERLU ZAHID HAMIDI...? #UMNOMEMILIH #RAKYATBIJAK

Pentas politik jatuh bangun dalam perjuangan adalah perkara biasa bagi seorang pejuang... Beberapa hari lepas penulis ada bertemu dengan seorang Ahli Politik yang pernah menjadi YB pada penggal yang lepas... Beliau menyatakan, turun naik dalam politik itu dalah perkara biasa, setiap pemimpin politik kena bersedia jika dia berada di bawah dan berwaspada jika dia berada di atas...

Zahid Hamidi sosok nama yang tidak asing lagi dalam UMNO, anak seorang ustaz yang berasal dari Bagan Datuk ini telah menunjukkan karisma nya bermula dari zaman pemuda... Siapa sangka, anak kampung, gaya kampung, cara kampung pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia... Kepimpinan POLITIK yang ada pada diri beliau buknlah diwarisi tetapi ianya telah dibentuk dengan acuan didikan agama dan akhirnya meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup disegani sehingga hari ini...

Zahid begitu popular pada zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia... Beliau pernah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO (nombor 1: undian tertinggi) meninggalkan calon-calon lain seperti DS Shafie Apdal, DS Hishamuddin dan DS Mukhriz... Pada ketika itu, dengan nilai, karakter dan sikap yang ditunjukkan oleh Zahid, ahli-ahli melihat beliau adalah bakal pewaris terbaik kepada kepimpinan UMNO akan datang...

Dalam keadaan sekarang ini, UMNO perlu memilih presiden... Apa yang uniknya hari ini, Presiden UMNO bukan lagi Ketua Kerajaan tetapi adalah mereka yang akan menjadi Pembangkang di dalam Dewan Rakyat... Justeru, UMNO memerlukan pemimpin yang berkaliber, SETIA dalam perjuangan, Sanggup bekorban dan meletakkan perjuangan menegakkan agama bangsa dan negara ditempat yang paling tinggi, berjiwa besar, FIGHTER, bertenaga, berpengalaman, berani, tawadduk, mempunyai latar belakang agama, dan lebih penting lagi mampu meningkatkan semangat juang ahli bukan hanya JASMANI tetapi juga dari segi ROHANI...

Selepas 60 tahun memerintah dan akhirnya tersungkur, UMNO perlu kembali kepada FITRAH PERJUANGAN... Bukan sekadar pembaikan sistem luaran, tetap juga sistem dalam diri juga perlu diperbaiki... Kerana apa? Kerana asas perjuangan UMNO itu begitu suci, sebagaimana orang-orang melayu/bumiputera yang masih memerlukan UMNO, yang cintakan bangsa dan agamanya, yang ikhlas dalam berjuang, yang mahu terus memastikan tunggak islam dimartabatkan dan yang mahukan orang Melayu/Bumiputera yang beragama islam terus memerintah negara ini menurut lunas-lunas islam dan nilai-nilai yang baik...

Dalam hal itu, tuntutan untuk meletakkan pemimpin UMNO yang betul adalah sangat diperlukan... Dalam hal ini, penulis memilih Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon presiden yang paling layak diangkat untuk menjadi presiden parti... Kenapa Zahid? Saya percaya ramai yang telah menulis kenapa Zahid paling layak diangkat sebagai presiden UMNO seperti tulisan saya terdahulu (baca ini) kerana mereka yakin dalam keadaan UMNO pada hari ini dan kekuatan dan pengalaman yang ada pada Zahid, beliau adalah pilihan terbaik yang UMNO ada untuk mengembalikan kegemilangan UMNO, untuk memastikan UMNO bangkit dan untuk memastikan UMNO kembali memerintah...

Zahid seorang yang cukup setia mempertahankan institusi presiden, bagi penulis beliau tidak mempertahankan seorang yang bernama Najib, tetapi, beliau pertahankan seorang Pemimpin UMNO yang mengemudi Kapal Besar UMNO... Dalam keadaan genting, sebuah kapal menghadapi perang dilautan pilihan yang ada adalah untuk memastikan kapal tersebut berjaya menghadapi perang, dan untuk itu, nakhoda hanya perlu satu dan secara logiknya anak-anak kapal mesti bersama-sama nakhoda tersebut, apatah lagi dalam menghadapi musuh dihadapan... Di sinilah nilai kesetiaan yang ditonjolkan oleh sosok tubuh yang bernama Zahid Hamidi... Tatkala ada anak-anak kapal lain mula belot, beliau diberikan amanah untuk terus mendukung nakhoda dan sekaligus mengajak seluruh ahli dalam kapal tersebut bersama nakhoda... 

Tiada siapa yang boleh meramalkan sama ada perang itu boleh dimenangi ataupun tidak,hanya Allah yang menentukan segalanya... Perlu diingat tentera islam zaman Rasulullah s.a.w juga pernah tewas, namun mereka bangkit untuk melawan sehinggalah islam dipandang tinggi dan disegani oleh semua...

Dari segi pangkat dan jawatan dalam UMNO pada hari ini, Zahid sendiri tidak pernah meminta agara jawatan tersebut, diberikan kepadanya, tetapi, itu adalah amanah dan tanggungjawab daripada Presiden parti ketika itu agar dapat bersama-sama mempertahankan parti UMNO sekaligus persiapan untuk menghadapi perang pilihanraya... Beliau dilihat terus konsisten dengan gaya kepimpinannya, beliaudilihat berusaha untuk membawa nilai rohani agar dapat ditiup dalam diri setiap ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia... Program-program keislaman dan keagamaan dilihat dapat membantu menyucikan roh perjuangan UMNO sebelum ini... Ahli-ahli UMNO pada ketika itu menerima keputusan presiden dan tidak pula kedengaran suara-suara sumbang ketidakpuashatian dikalangan ahli...

Selepas UMNO kehilangan kuasa, Zahid tidak menyalahkan sesiapapun termasuk DS Najib tetapi ini adalah satu ujian untuk semua... Jika nak disalahkan, semua orang perlu disalahkan, semua orang perlu bertanggungjawab dari peringkat atas sehinggalah pemimpin diperingkat akar UMBI... Namun,  jika terdapat mana-mana pemimpin yang merasakan mereka sudah tidak lagi relevan untuk menerajui UMNO dan memutusakan untuk tidak bertanding, itu adalah hak mereka sendiri, kerana penulis pasti mereka juga ada pertimbangan tersendiri... Tapi, jangan pula disalahkan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, sbeab mereka juga ada sebab dan petimbangan mereka tersendiri...

Penulis percaya ahli UMNO mengenali Zahid termasuk sumbangan beliau terhadap agama, bangsa, tanahair dan masyrakat secara keseluruhannya... Seorang yang cukup setia dan wala dengan perjuangan UMNO...  Justeru, penulis menyeru agar ahli-ahli UMNO dapat membuat pilihan yang bijak... Zahid pada ketika ini menjalankan tugas-tugas presiden yakni amanah dan tanggungjawab yang dilepaskan oleh DS Najib kepada beliau dalam keadaan UMNO berada di bawah... Dalam keadaan ini jugalah serangan, fitnah, tohmahan kepada beliau datang bertubi-tubi dari pelbagai sudut... Penulis teringat akan sebuah hadis: 

Imam Syafi’i berkata: “Carilah pemimpin yang beberapa panah-panah FITNAH ke kepadanya, IKUTILAH mereka yang banyak di FITNAH, Sebab sesungguhnya mereka sedang berjuang di JALAN yang BENAR...”

UMNO perlu presiden yang diberi mandat oleh ahli... Jika sebelum ini jawatan (menjalankan tugas) yang ada pada beliau adalah diberikan oleh presiden, hari ini ahli perlu memberi mandat yang sebenar kepada beliau agar beliau dapat menggalas amanah tersebut dengan sempurna... 



Bro: UNDILAH CALON PRESIDEN UMNO, NO.03, DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.


6 comments:

  1. Zahid hamidi cakap nye nyaring.. suaranya nyaring.. pertama kali dengar nampak tegas.. berkali2 dengar TIN KOSONG rupanya..

    Tidak berkaliber dan mempunyai karisma untuk menjawat jawatan ketua negara.. maka, secara teorinya tidak layak menerajui umno..!

    Kekalahan umno@bn di pru lalu membuktikan rakyat memerlukan pemimpin yg mampu memulihkan umno dan seterusnya bangkit mempertahankan islam, melayu dan negara!

    Asyraf wajdi dusuki adalah pemimpin yg dilihat mampu membawa pemuda ke arah kemelayuan dan islamik..! Beliau jg kelihatan mampu menangkis penularan unsur2 liberal di dlm pemuda dan umno! Tahniah!

    Antara zahid dan KJ.. Ku Li adalah calon terbaik utk menerajui, merombak dan memulihkan semula umno demi islam, melayu dan negara..!

    Vote Ku Li..!

    ReplyDelete
  2. Ku Li pon tua macam Atok 93 tahun.KJ haramjaddah. Zahid jugak yg bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhhh.. hujah bahasa kesat giler..!!

      Sesuai lah ko pertahankan zahid.. sama2 lah korang.. hehehe

      #vote for Ku Li

      Delete
  3. KU LI adalah Mahadey.. Mahadey adalah KU LI..UNDI KULI BINASALAH UMNO!!

    hati2 lah wahai bangsaku serigala yang bertopeng 'perwira' sedang giat bersandiwara..



    Tengku Razaleigh mahu UMNO mohon maaf

    GEORGETOWN: Tengku Razaleigh Hamzah akan mencadangkan supaya setiap peringkat UMNO memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas kesilapan tidak menjalankan amanah dengan baik, sehingga menyebabkan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

    Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan UMNO kembali menjadi relevan dan diterima rakyat.

    "Saya nak menganjurkan supaya kita minta maaf kepada rakyat atas kesilapan kita kerana tidak menunaikan tanggungjawab dengan amanah, dekati mereka dan ajak mereka balik bersama kita.

    "Kenapa kita tidak boleh minta maaf? Saya rasa mereka akan memaafkan...minta maaf kerana kita cuai dengan amanah yang diberikan," katanya ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra bersama UMNO Pulau Pinang di sini, hari ini.

    Tengku Razaleigh yang bertanding buat kali kedua bagi jawatan Presiden UMNO selepas pertama kali berbuat demikian pada 1987, berkata Barisan Nasional (BN) masih kekal relevan.

    Malah, katanya, beliau bercadang untuk bertemu dan berunding dengan semua pemimpin parti komponen BN, terutamanya parti yang sudah meninggalkan BN.

    "Jika saya diberi peluang, saya akan berjumpa dan bercakap dengan semua pemimpin komponen BN. Mengapa mereka buat keputusan ini.

    "Allahyarham Tun Razak adalah pemimpin yang beri idea untuk tubuhkan Parti Perikatan dan ia dibuat kerana kita semua mahu bersatu tanpa mengira fahaman politik.

    "Mungkin mereka ini 'lost track' (sehingga mereka umum keluar parti), kerana kita kalah teruk," katanya.

    Tengku Razaleigh akan berdepan dengan empat pesaing termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas Presiden UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, pada pemilihan parti itu Sabtu ini.


    -------------------------------------------

    Lihat gaya KU LI..

    dia sedang mencaturkan UMNO mengikut hawa NAFUS MAHADEY!


    UMNO mohon maaf?? UMNO buat kesalahan apa? Gone Eng DAPIg ada pernah minatk maaf tak hina Agama dan Bangsa Melayu.. tapi kenapa dia menang jugak jadi menteri KANAN lagi??

    Wahai org Melayu tolongan jangan defensive dan bodoh dan dilembukan pemimpin tak tentu halatuju macam KULI atau Madey!

    Ku Li seolah2 MENGIAKAN fitnah dan serangan jahat PH-Made-DAPig terhadap Najib-UMNO. Tapi sekarang kenapa mereka kekalkan IMDB, teruskan hampri 90% projek idea usaha Najib-UMNO??

    Tolong jawab sat kalau macai Madey PH lintas di sini???



    Ku Li oii.. Najib awal2 lagi dah minta MAAF di malam kekalahan UMNO BN. UMNO tak kalah BN yang kalah.. kenapa ko tak suruh MCA/ MIC/ GERAKAN mintak maaf wahai Ku Li??

    kenapa ko terlalu sayangkan MCA MIC GERAKAN kerana sepenuhnya ko salahkan UMNO dalam PRU14?

    Makhluk macam ni ke nak di angkat jadi presiden UMNO?

    Setelah ko TIDOOO selama 30 TAHUN dalam ISTANA PUTIH GUA MUSANG..


    now ko datang tunjuk muka tersengih2..salahkan UMNO salahkan Najib.. salahkan Zahid..
    salahkan PEMUDA..salahkan semua UMNO..

    lebih baik ko balik duduk dengan orang ASLI lah Ku Li..

    ko join Mahadey pada 2015 dan 2016 deklaBASI Rakyat untuk jatuhkan BN-UMNO Najib..

    itu sifat pengkhianat bangsa. Najib UMNO jatuh..lihatlah SIAPA yang BERTAING KUASA sekarang??

    Kenapa dalam jutaan orang sihat akal muda cerdik.. dua ekor TUA ini yang orang MELAYU pilih jadi leader.. sekor MAMAK perosak..dan satu lagi ATOK BANGSAWAN..??


    bangsa tengah celaru.. tiba2 datang lagi parasit2 bertopeng 'alim' untuk selamatkan Melayu?

    Semoga orang2 ini takkan menang dan menguasai UMNO.

    Zahid lah paling layak. KJ boleh bantu Zahid. KJ not bad cuma perlu diasuh jadi MELAYU bukan jadi budak OXPORD yang perasan macam OMPUTEH

    KJ ada kebijaksanaan tapi dia masih MENTAH dan masih tak berapa kemas pengangan Adat Agama..

    Tolak KULI jangan kasi proksi Madey Lahnat masuk UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tindakan Ku Li jika menang nak mohon maaf kpd org melayu dan kpd rakyat..!

      Itu yg rakyat nak!

      Mengaku kesilapan dan memperbetulkan kesalahan..!

      Umno harus dirombak dan dipulihkan demi islam, melayu dan negara..!

      #vote for Ku Li

      Delete
  4. Zahid dan Ku Li sama-sama ada kelebihan dan kekurangan.Dua-dua nya adalah aset Umno begitu jugak dengan KJ.Jika selepas pemilihan yang sudah tentu akan dimenangi hanya saorang maka yang kedua-duanya selepas itu adalah sangat penting untuk pengukuhan dan kekuatan parti.

    ReplyDelete