Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Friday, 29 June 2018

SIAPA ORANG TUN M YANG PERNAH AMBIL DUIT DARIPADA NAJIB...?

Datuk Seri Najib Razak suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa “orang” Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Individu yang digambarkannya sebagai “pembantu” yang sangat dipercayai Mahathir itu, ujarnya, mengambil wang tersebut di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara.

Najib dalam wawancara bersama Malaysiakini kurang 24 jam selepas polis mendedahkan jumlah keseluruhan rampasan barangan mewah dari hartanahnya itu turut mendedahkan nama individu berkenaan yang merupakan bekas perenang negara.

Najib menambah, sebagai ketua kerajaan, pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi menghadiahkan pelbagai barangan.

“Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya,”

“Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang,” kata bekas Presiden Umno yang dikaitkan dengan siasatan skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Najib mendedahkan tentang penyerahan sejumlah besar dana oleh Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada Abdullah Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai.

“Itu tercatat. Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.

Ketika Malaysiakini mengajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion itu dalam bentuk tunai, Najib dipetik berkata:

“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,” jawabnya.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ali mendedahkan kos penilaian 12,000 unit barang kemas sahaja menjadi RM440 juta, dengan harga pasaran dianggarkan antara RM660 juta dan RM880 juta.

Nilai pasaran termasuk kos pembuatan dan reka bentuk mungkin anggaran itu lebih tinggi dari RM880 juta.

Polis juga menyita 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta, 423 jam tangan bernilai RM78 juta dan 234 pasang cermin mata hitam bernilai RM374,000.

Jumlah tunai yang terkandung dalam 35 beg yang dirampas daripada tiga unit di Pavilion Residences ialah RM116.7 juta dalam 26 mata wang yang berbeza, termasuk satu setengah juta ringgit secara tunai juga diperolehi dari rumah Najib di Taman Duta.-sumber

Bro: AKHIRNYA SEMUA NAK SELAK KAIN... Bangsa ditertawakan... Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment