Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Thursday, 28 June 2018

RAKYAT DAN PELABUR RISAU KABINET LEWAT DIUMUMKAN....

Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan secara rasmi senarai penuh Kabinet walaupun selepas hampir dua bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negara membuatkan rakyat dan pelabur makin gusar.

Unit Komunikasi Strategik Ibu pejabat UMNO berkata, sehingga kini cuma senarai 15 anggota Kabinet diumumkan.

Menurutnya, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, turut diumumkan adalah 13 menteri iaitu Menteri Kewangan; Pertahanan; Menteri Keselamatan Dalam Negeri; Menteri Hal Ehwal Ekonomi; Menteri Pendidikan; Menteri Pembangunan Luar Bandar; Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Menteri Pengangkutan; Menteri Komunikasi dan Multimedia; Menteri Tenaga Manusia; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Kesihatan.

“Malah, dalam fasa pertama Kabinet itu, ia juga diumumkan dalam dua peringkat iaitu pada 12 Mei lalu bagi jawatan Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Kewangan, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri manakala jawatan selebihnya diumumkan pada 18 Mei lalu.

“Selepas pengumuman Kabinet fasa pertama itu, pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan PH berhubung tarikh pengumuman senarai penuh Jemaah Menteri. Ada yang memberitahu pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada minggu pertama Jun, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan minggu pertama selepas hari raya.

“Namun sehingga hari ini belum ada lagi pengumuman rasmi berhubung perkara itu. Cuma yang ada ialah senarai penuh Kabinet yang tular dalam media sosial sejak semalam dan pengakuan beberapa ahli Parlimen PH bahawa mereka telah dihubungi oleh Perdana Menteri tanpa penjelasan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - SUMBER

Bor: Lambat pasal apa ni...? Nak tunggu keputusan Pemilihan UMNO ker...? Sayang juga Tun M dengan UMNO kan... Takperlah kita doakan yang terbaik...

No comments:

Post a Comment