Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Saturday, 30 June 2018

PERDANA MENTERI DIBERIKAN SAMBUTAN NEGARA DI INDONESIA...


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan sambutan negara di Istana Presiden, di Bogor, pagi ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Ketibaan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, jam 10.10 pagi (semalam) waktu tempatan, disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan isteri, Iriana Widodo.

Tun Mahathir disambut dengan persembahan kebudayaan tradisonal oleh pelajar sebelum menerima tabik hormat di pentas.

Ia disusuli dengan lagu kebangsaan Malaysia dan Indonesia diikuti 19 das tembakan hormat di Serambi Depan Istana Bogor.

Dr Mahathir kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat.

Jokowi dan Dr Mahathir memperkenalkan anggota delegasi masing-masing sebelum beredar ke Dewan Teratai untuk menandatangani buku pelawat.

Ini diikuti upacara menanam pokok Meranti oleh Dr Mahathir yang secara simboliknya menandakan keutuhan hubungan dua negara berjiran ini.

Dr Mahathir kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi atau dikenali sebagai Veranda Talk di anjung istana - satu konsep perbincangan santai yang diperkenalkan Jokowi ketika menerima ketua negara dan pembesar asing.-sumber

Bro: Bawalah nama Negara yang tercinta dan letakkan dia sebagai mercu tanda bangganya kita dnegan MALAYSIA....

1 comment:

  1. KHALID NORDIN DAH JADI MELAYU BANGSAT..DULU BERKUASA MACAM PUNDEK..SOMBONG NAK MAMPUS..KELUAR LAH UMNO KHALED BANGSAT

    ReplyDelete