Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Monday, 11 June 2018

'FIGHTER' DAN BERJIWA BESAR CALON TERBAIK JADI PRESIDEN UMNO...

Selepas berpuluh tahun memerintah, akhirnya BN mengakui dan menerima kekalahan pada PRU14 yang lepas... Ianya dialasi dengan penuh rasa keinsafan bahawa Allah telah mengaturkan segalanya... Ujian ini bukanlah ujian biasa, tetapi, ianya ujian besar dan hanya pejuang sahaja mampu menghadapinya... Apa yang telah berlaku biarlah berlalu (antara sebab kekalahan juga sudah menjadi rahsia UMUM) kerana cabaran masa hadapan lebih mencabar dan dalam dunia yang mencabar ini UMNO tidak boleh lagi bernostalgia dengan cerita-cerita lampau... 

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Hari ini, cerita UMNO terus hangat diperkatakan... Almaklumlah, secara dalamannya rakyat masih sayangkan UMNO, jasa UMNO itu terlalu besar untuk rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Bumiputera... Semua rakyat merasai nikmat yang Allah pernah beri melalui kepimpinan UMNO/BN memerintah Negara...


Kebanyakan pemimpin termasuk pemimpin Melayu dalam kerajaan tidak sanggup melihat UMNO pupus... Mereka yang jadi kerajaan hari ini pun kebanyakannya produk keluaran UMNO dan pasti ada kalau tidak banyak sekelumit pun jadilah, rasa kasih sayangnya mereka kepada UMNO, parti yang pernah mengangkat mereka suatu ketika dahulu... Faktanya PRU14, UMNO sebuah parti yang mempunyai bilangan kerusi yang paling banyak berbanding parti-parti lain (jika dikira berdasarkan single parti)... Justeru itu, UMNO masih mempunyai kekuatan akar umbi dan sokongan daripada rakyat Malaysia...

Isu siapa menjadi calon masih terus diperkatakan dan saya secara peribadi menghormati hak masing-masing untuk membuat ulasan... Namun, apabila saya cuba memahami, rata-rata mereka yang mengulas ini masih bersandarkan emosi dan tak ramai  mahu melihat kehadapan... Saya nak terggelak juga apabila ada yang mencadangkan Presiden UMNO itu mesti orangnya baik-baik, sopan santun, berbudi bahasa, berdedikasi, sabar dan banyak lagi lah... Dah macam nak sediakan karangan Bahasa Melayu sekolah pun ada...!!!

Dalam keadaan UMNO tidak lagi menjadi kerajaan hari ini siapa yang sanggup jadi Presiden...? Dalam keadaan UMNO perlu menjadi lebih kuat seperti dahulu siapa yang sanggup menjadi Presiden...? Dalam keadaan Bekas Presiden sendiri telah meletak jawatan siapa lagi yang sanggup menjadi Presiden...? Dalam keadaan seorang Bekas Presiden UMNO yang kini tidak lagi bersama UMNO malahan menentang UMNO, siapa lagi yang sanggup menjadi presiden UMNO...? Sanggupkah kita membiarkan UMNO dipimpin oleh mereka yang tidak berkemampuan dan tidak layak...?

Umum telah mengetahui, apabila amanah dan tanggungjawab terpikul dibahu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Naib Presiden yang menjalankan Tugas-Tugas Presiden) selepas berundurnya Dato Seri Najib Razak sebagai presiden... Dalam keadaan genting hari ini ni, tiada siapa pernah menyangka UMNO/BN kehilangan kuasa... Dalam keadaan UMNO dahulunya stabil, siapa pernah menyangka DS Najib akhirnya berundur dengan meletakkan jawatan? Hakikatnya semua masih merasa terkejut, sehinggakan ada yang membuat pendirian untuk mendiamkan diri... Namun, tidak bagi Dato Seri Zahid, harapan dan tanggungjawab untuk mengembalikan kekuatan dan kebangkitan UMNO ini beliau sanggup pikul dan beliau adalah orang yang pertama mencalonkan diri sebagai Presiden UMNO...

Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa berkenaan kekalahan UMNO/BN pada PRU14 yang lepas... Jika nak menunding jari kepada kepimpinan, semua orang perlu bertanggungjawab, daripada presiden sehinggalah ke ketua-ketua sayap parti termasuk pengerusi-pengerusi perhubungan negeri... Tapi, jika terus menunding jari ianya tidak menyelesaikan masalah dan maksudnya UMNO masih bernostalgia dan masih tidak boleh move ON... 

Saya secara peribadi menghormati pemimpin-pemimpin UMNO yang mengundur diri dan yang tidak ingin bertanding atas alasan apa sekalipun (seperti DS Hishamuddin) tetapi dalam masa yang sama saya juga menghormati dan kagum dengan mereka yang berani dan berjiwa besar untuk menawarkan diri untuk bertanding dalam keadaan UMNO sebagai pembangkang... Sesiapapun yang jadi Presiden atau apa jawatan sekalipun dalam UMNO kena ingat, mereka adalah pembangkang! Justeru, mereka perlu menjadi pemimpin pembangkang dan lebih penting lagi perlu terus menjadi FIGHTER dan sentiasa BERJIWA BESAR dalam apa keadaan sekalipun...

Pada ketika ini UMNO tidak mampun untuk berpecah, UMNO perlu terus bersama dalam satu saf kepimpinan yang kuat... Kepada sesiapa pun ahli UMNO yang ingin bertanding, bertandinglah secara sihat dan tak perlu menjatuhkan sesiapa... Apa yang penting, semua perlu menunjukkan kebolehan masing-masing tanpa perlu memperkecilkan orang lain...

Bagi saya, saya percaya dengan kepimpinan beliau (kepimpinan perdana dan akar umbi) , track record dalam UMNO yang bagus,  kesetiaan selama ini menjaga institusi presiden, kekuatan akar umbi, tawadduk dalam kepimpinan, BERJIWA BESAR dan seorang FIGHTER UMNO; Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang paling layak mengemudi parti UMNO pada ketika ini... 

Beliau (Zahid) telah menunjukkan kesungguhan dan tidak salah bagi saya agar ahli-ahli UMNO memberi peluang kepada beliau seperti mana peluang yang pernah diberikan kepada presiden-presiden UMNO sebelum ini... Saya yakin beliau mempunyai perancangan agar UMNO kembali bersemangat dan lebih penting lagi kembali memerintah negara ini...

INGATLAH! JASA UMNO SUNGGUH BESAR UNTUK RAKYAT MALAYSIA... SEBERAPA BANYAK NIKMAT YANG ALLAH TELAH BERI SEBELUM INI, TAKKANLAH DENGAN SATU UJIAN INI SEMUANYA INGIN BERPECAH DAN MENJADI LEMAH... TERUSKAN BERJUANG WAHAI AHLI UMNO!!!

1 comment:

  1. Pandangan ikhlas saya: Beri peluang kpd Dato Sri Zahid sebagai Presiden manakala jgn ketepikan Tngku Razali, lantik dia sebagai Penasihat Rasmi Majlis President parti yg dianggotai oleh Preaiden/Tim Presiden/Naib2 Presiden/Ketua Wanita,Pemuda/Putri.
    Elakkan budaya berpuak puak (dengan persepsi Team itu atau team ini). Pemimpin lelaki kawal tingkah laku para isteri (contoh bertudung dgn sempurna) atau suami masing-masing (tidak terlibat dgn apa juga scandle) untuk mengelak tohmahan umum. Jngn bersikap atau kelihatan sombong..dsbnya.

    ReplyDelete