Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Monday, 11 June 2018

Apakah Sebab Kerajaan Turunkan HARGA TOMATA dan NAIKKAN HARGA DAGING...? #RakyatPasrah



Adakah mungkin Raya ini penggunaan TOMATO sangat kurang sehinggakan kerajaan terpaksa kurangkan harga TOMATO...? Atau, permintaannya sangat tinggi sehingga kerajaan sanggup turunkan harganya...? Pelik! GST dah takda, harga daging terus meningkat naik...

Daging lembu tempatan dan ikan selayang yang disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa bagi Perak pada tahun ini mengalami kenaikan harga berbanding tahun 2017.
 Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pada tahun lalu, harga runcit bagi sekilogram daging lembu tempatan berharga RM32 tetapi pada tahun ini ia meningkat kepada RM34 sekilogram.
  Katanya, bagi ikan selayang pula, berlaku kenaikan sebanyak RM1 berbanding tahun lalu yang berharga RM8 sekilogram.
 "Berdasarkan perbandingan harga dengan SKHMP Hari Raya Puasa 2017, 15 barangan kekal, dua barangan mengalami penurunan dan dua barangan menunjukkan kenaikan.
 "Dua barangan yang mengalami penurunan harga ialah tomato dan bawang putih import dari China," katanya kepada media pada sidang media, hari ini.
 Beliau berkata demikian selepas Pelancarangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 Peringkat Negeri Perak di Pasar raya Besar Mydin Meru Raya, di sini.
 Saifullizan berkata, di Perak, sebanyak 19 jenis barangan terlibat dalam SKHMP Hari Raya Puasa yang dikawal sepanjang tempoh 15 hari bermula hari ini.
 Katanya, sepanjang tempoh itu juga, peniaga digalakkan menjual barangan tersebut pada harga lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga diperoleh lebih rendah.
 "Peniaga turut diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini. Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.
 "Penguatkuasaan skim ini akan dipertingkatkan bagi manfaat pengguna dan peniaga.
 Pemeriksaan dan pemantauan telah mula dilakukakan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNKK negeri di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar awam.
 "Pada masa sama, kerjasama daripada Friends of KPDNKK, Skuad Pengguna dan pemimpin masyarakat setempat akan dimanfaat bagi membantu KPDNKK dalam memberi maklum balas sekiranya terdapat peniaga yang ingkar," katanya.sumber
BRO : Sekarang dah pegang kuasa masih tak mampu turunkan harga barang...? Sebelum ni belum pegang kuasa semua kata kerajaan sebelum ni ZALIM kononnya naikkan harga barang sesuka hati... Sekarang bagaimana...? Penatlah macam ni,,, Tertipu lagiiiii....

Mohon budak-budak INVOKE UP ISU ini, itupun kalau berani...

4 comments:

  1. Mana ada naik harga? semua dah turun, minyak turun 30%, daging turun 20%, ayam sekati baru RM2 saja. Ikan lagi murah 50%. Sayur lagi best, sebab tomato free. Oop lupa nak sebut, itulah mimpi saya malam tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah tunggu bila minyak nak turun 1.50

      Delete
  2. ANOM 22.35... EEEH EEH MIMPI KAU PON SAMA MACAM MIMPI AKU LAAA

    ReplyDelete
  3. aku dah cakap.. BABI PON BOLEH TERBANG.. kalau ikut teori lim gone eng bapak cina rasuah..

    madey kakijudi forex sedang seronok di atas sana.. dia kemaruk nak jadi pm rupanya..tertunai juga niatnya..

    ReplyDelete