Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan,artikel, foto dan video yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan tatapan sahaja. Ianya berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Penulis dan tidak mewakili mana-mana pihak. #IniBlogSaya

Friday, 25 May 2018

TIADA ISTILAH PERCUMA... DAH MAMPU SILA BAYAR HUTANG PTPTN ANDA...

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulan bertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketua Pemuda PPBM itu berkata peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman.
“Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.
“Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.
Anggota Parlimen Muar itu berkata matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bertujuan membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah.
Menurutnya golongan peminjam berkenaan merupakan antara golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN.
“Ada peminjam yang telah mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini. Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.
“Jadi kami (PH) berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini,” katanya.
Selain penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, PH turut menjanjikan untuk menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka.
- Bernama SUMBER

Bro: Korang ingat kerajaan PH Bodoh ker, korang dah berhutang kenalah bayar... Nak free bagai... Mana-mana yang mampu bayar tu, jangan harap nak percuma yer...

9 comments:

  1. #TunNotMyPM

    Ha .. Ha ... Hah ........

    Kena kencing lagi bebudak Kpop.

    Dari apa aku tahu ramai Mahasiswa dan bebudak muda sokong PH kerana utamannya PTPTN FREE kata mereka.

    Sekarang rasakan, nak percuma jer.

    Baru buku bertemu ruas

    Satu nak senang jer satu kaki temberang cakap bukan main lagi
    9/5 menang minyak Rm1.5, GST mansuh , PTPTN mansuh, Tol mansuh wah.... Macam hidup dlm syurga akhirnya sampai hari ni habuk pun tarak.

    Kehidupan makin sempit

    Sebelum PRU ayam sekilo RM7.90 Hari ini dah naim sampai RM8.50

    Mana janji turunkan kos sarabhidup
    Mana janji harga barang akan turun
    Penipu, pengkhianat dan Kaki fitnah PH ni

    Merosakkan dan sabotaj ekonomi malaysia lagi adalah sampaikan pelabur luar tarik pelaburan mereka KLCI menjunam apa hal .....

    ReplyDelete
  2. harga barang akan turun, bersabarlah. Sekarang ni naik dulu, nanti 1 Jun, gst 0% harga turunlah. Percayalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. GST turun 1 Jun, tp harga takkan turun mendadak sbb peniaga telah beli barang tersebut dgn byk pd bulan atau tahun sebelumnya dgn GST... kos mereka dgn GST....maka harga utk turun pastilah akan mengambil sedikit masa

      Delete
  3. Sah sekarang.... tiada istilah kerajaan akan tanggung penvajian secara percuma kepada rakyat malaysia seperti yang di lolong2 selama ni macam anjing salak bulan. Baru tau yer bukan mudah nak bagi pengajian percu.a untuk pelajar u yang ratusan ribu jumlahnya......

    ReplyDelete
  4. dari dulu orang tya dah cakap jumoa mamak jumpa ular mana satu nak bunuh dulu. kesian bebudak kpop tak pasal padal kena tipu dengan mamak ni.

    kesian budak budak kpop baru nak up kena tipu ....
    otai otai reformasi dah masak perangai menipu dengan mamaak ini lebih 22 tahun yang dulu.

    ReplyDelete
  5. Seorang muslim wajib membayar hutang.Bila mati dlm keadaan berhutang rohnya akan tergantung....be

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Seorang muslim wajib membayar hutang."

      masa NAjib BN perentah dulu kenapa macai ph kpop tak menyalak pulak kuat2 pasal fatwa ni? kenapa skrg baru nak cakap sebagai Muslim?? dulu ckp sebagai kapir ke? nak menipu cari je Agama..

      Delete
    2. dalam keadaan Negara nak hadap hutang yg PM dulu buat...... bg masa pd kerajaan baru selesaikan apa yg penting terlebih dahulu
      solat itu wajib.... tp kalau rumah sedang terbakar takkan tetap nak solat kat dalamnya....

      Negara tengah diambang gawat hutang.... selesaikan satu2
      selepas stabil nanti kita boleh usulkan pelajaran & kesihatan percuma

      Delete
  6. Madeykutty lahnat yang wujudkan PTPTN tapi Najib Razak pula yang dihukum.. sekarang padan muka budak2 bodoh kpop!

    ReplyDelete