Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 28 March 2018

DS Rahman @mpkotabelud bakal jadi MP Sepanggar...? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TeamDARD

Baca dulu! Desas-desus mengenai siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Parlimen Sepanggar seolah-olah terjawab selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menyuarakan keterbukaannya untuk menjadi calon di kawasan berkenaan sekiranya diberikan peluang dan restu oleh pucuk pimpinan parti.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mendakwa wujud pergeseran di antara pemimpin-pemimpin UMNO berhubung kedudukan kerusi tersebut memandangkan penyandangnya, Datuk Jumat Idris, sebelum ini dikatakan masih mahu mempertahankan kerusi itu meskipun keahliannya dengan parti digantung.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kerusi Parlimen P. 171 Sepanggar menjadi milik kuota UMNO selepas penyandangnya sebelum ini – Parti Progresif Sabah (SAPP) – bertindak keluar daripada BN sebagai pembangkang.

Manakala untuk Abdul Rahman di Kota Belud, kedudukannya juga menjadi tanda tanya selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dijangka akan bertanding sebagai calon Parlimen di situ.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut berpendapat Sepanggar antara kawasan yang berpotensi besar untuk dimajukan lagi; bersesuaian dengan platform kementeriannya memandangkan Parlimen berkenaan mempunyai pelbagai landasan termasuklah hub pendidikan, perindustrian dan ekonomi, dan kedudukannya juga amat hampir dengan Bandaraya Kota Kinabalu.


"Jadi, keputusan untuk menjadi calon ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan. Saya tahu ia agak klise, tetapi di Kota Belud pun saya sudah bekerja sejak 10 tahun lalu.

"Sekiranya saya diberi peluang, saya akan berunding dengan pemimpin tempatan. Mereka paling tahu isu urban di negeri ini terutamanya di Kota Kinabalu, ia amat unik dan memerlukan sentuhan khas. Di kawasan luar bandar, ia lebih jelas namun bila kita masuk di bandar, cabarannya lebih unik. Di sinilah tuntutan untuk memastikan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mempunyai kerjasama erat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersempena Program Ramai-Ramai di Inanam anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini.

Mengulas mengenai 'calon pendatang', Abdul Rahman berkata, baginya perkara itu tidak timbul selagi dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai ikatan kukuh dan dapat mengeratkan hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bagi memajukan kawasan yang diwakili.

"Saya di sini hari ini untuk memberikan apa juga keperluan oleh DBKK dan secara amnya di Sepanggar kerana saya percaya Sepanggar mempunyai banyak lagi potensi untuk diteroka.

"Saya ni antara orang yang boleh dikatakan free size atau one size fits all," katanya.selanjutnya baca di sini

Bro Lay Low: Satu perkara yang menarik akan berlaku di parlimen Sepanggar, antara kawasan panas yang ketika ini dimiliki oleh Barisan Nasional... Kawasan Sub-Urban yang dipenuhi dengan pusat pengajian tinggi, temnpat beradanya pusat pentadbiran negeri termasuk menjadi laluan utama ke Kota Kinbabalu pastinya perlu dikekalkan oleh Barisan Nasional...

Kepimpinan sebelum ini telah berjaya memenangi hati pengundi sepanggar, apakah dengan penggantian pemimpin akan dapat memastikan kerusi tersebut akan terus milik BN...? 

Perkara yang perlu dilihat adalah;
1) pertambahan jumlah pengundi secara keseluruhannya,
2) Penambahan pengundi cina di sepanggar
3) penambahan dan perubahan pengundi baharu (pola pemikiran kawasan bandar)
4) Kawasan yang kian sesak
5) Isu-isu dalaman parti
6) Isu banjir akibat pertambahan penempatan-penempatan dan pembangunan
7) bagaimanakah menaikkan ekonomi masyarakat tempatan seiirng dnegan pembangunan pesat sepanggar?
8) isu-isu tempatan


Siapapun yang bertanding, Calon pasti akan menjadi TOPIK penting. Lebih penting lagi adalah kemenangan BN mesti diutamakan... Namun, nasihat Bro LL, pastikan jentera solid sebelum menghadapi perang... Dalam keadaan sekarang ini, belum tentu kawasan ini adalah kawasan SENANG untuk menang... Namun, ianya boleh dilakukan asalkan sahaja jentera SOLID dan semuanya BERJIWA BESAR bekerja untuk BN!

TATAP SUPPORT!

1 comment:


  1. شركة تنظيف منازل بالجبيل افضل شركة خدمات منزلية بالجبيل نظافة شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشرات شركة تنظيف بالجبيل شركة المثالية هي افضل شركة نظافة بالجبيل والمنطقة الشرقية تقدم لعملائها افضل جودة وارخص الاسعار بالاضافة الي تقديم الخدمات من خلال عمالة مدربة وذات خبرة كبيرة بمجالات التنظيف ومكافحة الحشرات , فلا تتردد في الاتصال بشركة تنظيف بالجبيل للحصول علي كل ما هو مميز ولضمان الحصول علي منزل امن نظيف راقي خالي من المواد الضارة والميكروبات

    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة تنظيف بالجبيل

    ReplyDelete