Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Thursday, 4 January 2018

VIRAL! Portal therakyat.com jadi saluran BN hadapi PRU-14... @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak malam ini melancarkan portal rasmi BN, theRakyat.com, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Portal yang dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, akan menjadi suara dan pemangkin aspirasi BN, untuk mengekalkan kedudukan sebagai parti pemerintah.

therakyat.com akan menjadi wadah rasmi BN untuk PRU-14 dalam menyahut cabaran media baharu sebagai pemain utama PRU kali ini.

Majlis pelancaran turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengarah therakyat.com, Shamsulbahrin Ludin serta presiden parti komponen BN.

therakyat.com adakah kesinambungan buletin e-rakyat, yang memasuki edisi ke-20 sejak dilancarkan Perdana Menteri pada 29 Mac lalu.

Dengan menampilkan beberapa segmen yang lebih interaktif, bermaklumat, portal itu sesuai dengan pelbagai peringkat usia pengundi selain memaparkan koleksi infografik dan gambar menarik.

Antara pengisian portal ialah info mengenai calon BN yang bakal bertanding PRU-14, program temubual dikenali sebagai Bicara 4 Mata yang menemubual pemimpin tertinggi BN serta memberi penerangan jelas mengenai manifesto BN.

Dalam pada itu, buletin e-rakyat terus disiarkan dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun.

Bagi program Bicara 4 Mata, selain disiarkan di therakyat.com, ia juga akan disiarkan di RTM jam 9.30 malam dan TV3 jam 11 malam pada Rabu (setiap dua minggu).

Untuk program sulung, Bicara 4 Mata akan menemubual Perdana Menteri yang membincangkan pelbagai isu rakyat yang disiarkan malam ini.

Tarikh siaran berikutnya pada 17 dan 31 Januari, 14 dan 28 Februari, 14 dan 28 Mac, 11 dan 25 April serta 9 Mei.-sumber

Bro: Semoga membantu BN mencapai kemenangan dan memberi penerangan jelas kepada rakyat...

No comments:

Post a Comment