Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 2 January 2018

Terbaik! KERAJAAN TIDAK AKAN TUTUP SJKC Kata TPM... - @Zahid_Hamidi

BAGAN DATUK: Kerajaan tidak akan menutup walau satu pun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jaminan yang diberikan itu juga turut melibatkan 454 buah sekolah SJKC yang dikenal pasti sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).

Menurut beliau, kerajaan juga telah meluluskan pembinaan 10 buah SJKC di serata negara tahun ini, sekali gus menambah jumlah sedia ada iaitu 1,298 di sebalik wujud fitnah kononnya sekolah terbabit akan dihapuskan.


Tambah beliau, walaupun menyedari terdapat segelintir pihak mempertikaikan pelaksanaan sekolah itu, namun kerajaan berpendirian soal pendidikan perlu diberi keutamaan dan keharmonian kepelbagaian kaum di Malaysia perlu dihormati.

“Walaupun terdapat 454 Sekolah Kurang Murid daripada SJKC, tetapi kerajaan komited tidak menutup sekolah berkenaan.

"Ini merupakan satu dasar yang harus dijadikan sebagai satu panduan bahawa pihak kerajaan Malaysia tidak bezakan soal bahasa pengantara dan terus membantu sekolah-sekolah yang mengajar sekolah ibunda mereka.

"Ini secara langsung menolak tohmahan dan fitnah yang mengatakan kerajaan akan menutup sekolah-sekolah berkenaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program kembali ke sekolah di SJKC Chong San Sungai Burung, Bagan Datuk pada Jumaat.

Ahmad Zahid terdahulu telah menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Saadah dan meluluskan pembinaan masjid baharu di kawasan tersebut. - sumber

Bro: Penulis berada ditempat kejadian semasa ucapan TPM tersebut. Nampak sokongan penduduk cina terutamanya di bagan datuk menyambut baik akan komitmen kerajaan ini. Jelas, keamanaan dan keadilan dipelopori oleh kerajaan BN terus menjadi harapan besar rakyat. 

Kita doakan BN terus memerintah dengan adil dan saksama! Tahniah

No comments:

Post a Comment