Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 6 September 2017

Ubranisasi luar bandar pastikan tiada rakyat ketinggalan- @Zahid_Hamidi

Kerajaan membina kampus universiti di luar bandar kerana mahu proses urbanisasi di kawasan tersebut turut berlaku bagi memastikan penduduknya tidak ketinggalan dari arus pembangunan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan kampus tersebut bukan hanya memangkin kemajuan tetapi turut mengangkat taraf sosial penduduknya.


“Kerajaan mahu melihat proses urbanisasi dengan membawa kampus ke luar bandar sebagai salah satu pemangkin kepada kemajuan bukan saja ekonomi tetapi juga tahap sosial setempat.



“Ini memperlihatkan iltizam kerajaan bukan hanya berjanji tetapi pelaksanaan kepada aku janji bahawa komitmen yang dilontarkan disambut dengan pelaksanaan sepenuhnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Mentor UMK; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Mortaza Mohamed. - sumber

Bro: Langkah bijak pendidikan tinggi negara...

1 comment:

  1. Dah cerita basi projek ini, zahid masih bercakap benda yang sudah dilaksanakan sejak dua puluh tahun yang lampau..

    Bagaimana dengan peluang pekerjaan?
    Peluang Perniagaan?
    Dana perniagaan?

    Kalau keluar u, sudah blacklist ptptn.. Apa barang tu?

    ReplyDelete