Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Sunday, 17 September 2017

Bravo! Jawatankuasa kaji hak Sabah, Sarawak akan buat keputusan...


Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa bagi mengkaji hak rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang ditubuhkan sebelum ini, akan membuat keputusan tidak lama lagi.

Menyampaikan amanat sempena Hari Malaysia di depan lebih 30,000 rakyat berbilang kaum di Kompleks Sukan Likas, di sini, malam ini, Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan membuat keputusan berhubung pengagihan hak yang perlu dinikmati bagi rakyat kedua-dua negeri.

"Kita akan berunding secara adik beradik... (pihak tertentu) tak payah lagi buat slogan Sabah For Sabahan, Sarawak For Sarawakian, kita mahu Sabah for Malaysia, Malaysia For Sabah, keputusan kita akan buat tidak lama lagi, inilah kita laksanakan sebagai sebuah keluarga," katanya.

Turut hadir ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Sambutan Hari Malaysia 2017, Datuk Masidi Manjun.

Berucap lanjut, Najib berkata, beliau mahu melihat jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bukan sahaja dirapatkan, malah dihapuskan suatu hari nanti.

"Sebab itu, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 bilion bagi membina Lebuh Raya Pan Borneo tanpa tol... ini hadiah kita kepada orang Sabah dan Sarawak.

"Saya juga ingin menyatakan bahawa saya akan memberi perhatian untuk menyediakan peruntukan khas bagi pelaksanaan lebih banyak kemudahan asas luar bandar untuk Sabah dan Sarawak kerana kawasan desa kedua-dua negeri memerlukan peruntukan tambahan," katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan sebelum telah memberi peruntukan khas sektor elektrik kepada Sabah dan Labuan menerusi bantuan kewangan RM4.14 bilion dari tahun 2012 hingga 2016, manakala geran projek khas bekalan elektrik khususnya untuk dua wilayah itu berjumlah RM2.295 bilion.

Pada sama sama, katanya, wujud elemen subsidi tersembunyi diluluskan kerajaan melalui Petronas yang menyediakan subsidi sebanyak RM390 juta tahun ini bagi mengurangkan tarif elektrik di Sabah, antara lain memastikan rakyat negeri ini terus mendapat pembelaan.

Perdana Menteri juga memberi jaminan, Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri akan terus memberi perhatian dalam bidang keselamatan bagi memastikan keselamatan Sabah terus dipertahankan daripada ancaman anasir tidak bertanggungjawab.

"Jadi pembangkang tak payahlah 'buyuk'... dalam bahasa Sabah buyuk itu tipu... rakyat Sabah tak goyang (menyokong kerajaan)," katanya sambil memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus meningkatkan kerjasama dengan kerajaan Sabah pimpinan Musa demi membawa lebih banyak kemajuan.

Najib turut menyampaikan penghargaan kepada rakyat Sabah ketika awal pembentukan Malaysia yang bersetuju bergabung dengan Tanah Melayu dan Sarawak dalam membentuk gagasan Malaysia.

"Kita tetap menghargai keputusan yang dibuat oleh rakyat sabah, sebab itu saya katakan bahawa hak rakyat Sabah akan tetap kerajaan hormati," katanya. - sumber

Bro: Kita jaga semua, saya pasti rakyat terus bersama kerajaan Barisan Nasional...

No comments:

Post a Comment