Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 25 August 2017

TERKINI! MP Kota Tinggi letak jawatan Pengarah FGV...

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid hari ini meletak jawatan sebagai Pengarah bukan Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ahli Parlimen Kota Tinggi berusia 53 tahun itu berhenti atas faktor peribadi serta profesional.

Beliau mula dilantik dalam lembaga pengarah FGV pada 16 Julai 2013.

Sebelum itu, Ehsanuddin juga meletak jawatan sebagai pengarah Felda Investment Corp Sdn Bhd (FIC) pada minggu lalu.

Bagaimanapun sama ada beliau masih memegang posisi pengarah di MSM Malaysia Holdings Bhd yang merupakan syarikat dikuasai FGV belum diumumkan.- sumber

Bro: Satu perkembangan yang menjadi penantian.... Baguslah!

1 comment: