Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Thursday, 3 August 2017

Pembangkang Terdesak Manipulasi Isu, Terlupa Mereka Berpuluh Tahun Permain Keturunan Mahathir...

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata bahawa pembangkang semakin ketandusan isu untuk menyerang kepimpinan UMNO apabila  isu keturunan Tun Mahathir Mohamad sepertimana yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak pembangkang.

Jelas beliau, isu keturunan Tun Mahathir ini bukan satu perkara baru dan Timbalan Perdana Menteri bukanlah orang pertama yang mengungkapkan perkara ini, tetapi pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan ramai lagi telah lama menjadikan isu keturunan Tun Mahathir ini sebagai lawak jenaka di dalam ceramah-ceramah mereka.

”Bukan kita tak tahu pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi seringkali menjadikan perihal keturunan Tun Mahathir ini sebagai lawak jenaka mereka di dalam ceramah-ceramah pembangkang.  Pembangkanglah yang memulakan gelaran Al Kutty, Mamak Bendahara dan sebagainya itu terhadap Tun Mahathir dulu.

“Jadi, Datuk Seri Zahid hanya mengulangi sahaja apa yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir, apatah lagi beliau kini bersama pembangkang menyerang UMNO yang telah membela dan mengekalkan kedudukan beliau sebegai presiden UMNO selama 22 tahun.

“Kalau nak diikutkan lagi, susur galur keturunan Tun Mahathir ini juga telah menjadi isu yang pernah menjadi buah mulut di kalangan orang Melayu dan ahli UMNO ketika beliau berkonfrontasi dengan Tunku Abdul Rahman lagi. Sehinggakan Tun Mahathir terpaksa menjelaskan perkara tersebut dalam sepucuk suratnya kepada Tuanku Abdul Rahman ketika itu,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang juga berpendapat, bahawa isu keturunan ini juga sengaja dimainkan secara besar-besaran oleh pembangkang adalah untuk menutup isu-isu pergolakan dalaman pakatan harapan termasuk isu skandal forex, skandal BMF dan beberapa perkara lagi yang berlaku ketika pemerintahan Tun Mahathir.

“Pihak pembangkang sengaja membesarkan perkara ini untuk mengalih perhatian serta menimbulkan sentiment kebencian rakyat, kononnya ucapan Timbalan Perdana Menteri itu berunsur rasis. Sedangkan apa yang TPM nak beritahu adalah agar ahli UMNO berhati-hati dengan individu yang mempergunakan UMNO sebagai batu loncatan untuk kepentingan politik peribadi mereka sepertimana yang Tun Mahathir lakukan hari ini.

“Tetapi biasalah pembangkang, dalam bab-bab menangguk di air yang keruh seperti ini, mereka memang pakar. Mereka manipulasikan berita itu sehingga isi utamanya di abaikan, tetapi rencah ratus itulah yang ditonjolkan.

“Apa pun isu yang cuba mereka main atau bangkitkan, tidak akan mampu untuk menghalang rakyat daripada melihat kelemahan-kelemahan yang amat ketara di dalam pembangkang. Mereka tidak dapat menutup kelemahan mereka di mata rakyat hanya dengan cuba memanipulasikan isu-isu seperti ini kerana rakyat tidak memilih kerajaan hanya dengan melihat kepada satu skop yang kecil sahaja,” tegasnya.- sumber

1 comment:

  1. Udahlah ZB... tak payah banyak cakap. Cerita engko kat Hartford dan balik ke Malaysia bukannya bagus sangat pon.

    ReplyDelete