Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 7 August 2017

MENANGIS GENG MAHATHIR! NAJIB PERTAHANKAN ZAHID DEMI "RUMAH" PERJUANGAN... @NajibRazak @Zahid_Hamidi



JELAS! Sahabat dalam perjuangan yang tidak boleh dipertikaikan... You all bayangkan, mereka melalui susah payah dalam perjuangan semenjak tahun 1986 apabila Zahid menjadi setiausaha politik kepada Najib dan saya pasti titik persahabatan dalam perjuangan itu bermula lebih awal daripada itu...

hari ini, gandingan ini cukup utuh dan serasi dalam memimpin negara walaupun onak dan duri, kilat dan halilintar melanda... Ini perjuangan UMNO, nakhoda kapal mesti dipertahankan kerana ianya adalah lambang kekuatan dan peneraju sesebuah kapal... 


Apapun yang berlaku, RUMAH UMNO bukan rumah tumpangan yang boleh di check in dan check out, RUMAH UMNO adalah rumah keramat yang telah didiami oleh para pejuang sejak sekian lama... Malah, ada yang dahulunya pernah selesa, gembira dan ada yang diTATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH semasa tinggal di rumah tersebut, hari ini mereka keluar malah lebih teruk lagi mereka memburuk-burukkan rumah tersebut dan lebih JIJIK lagi cuba membaling NAJIS bagi mengotorkan rumah tersebut... 

Hari ini, Najib selaku Ketua rumah dan Zahid sebagai pembantu kepada Ketua RUMAH, sedaya upaya mempertahankan rumah daripada diserang oleh musuh DURJANA dan DERHAKA diluar sana... 

Namun, mereka tidak faham erti SAHABAT dalam PERJUANGAN, gandingan Najib dan Zahid cukup kuat dan serasi dalam mempertahankan UMNO... Ini adalah sebuah PERJUANGAN untuk sejarah parti masa akan datang, betapa Najib dan Zahid saling membantu dan mempertahankan sahabat seperjuangan masing-masing demi sebuah RUMAH PERJUANGAN @ UMNO... Ini kerja bukan senang dan main-main, cubaan pihak luar terus menerus menyerang RUMAH dan TUAN RUMAH tidak boleh dibiarkan... Kelihatan ZAHID tidak rela melihat  NAJIB diserang begitu sahaja dan beliau bangkit dan menjeadi JENERAL Utama mempertahankan Najib dari serangan musuh di depan belakang kiri dan kanan...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan keyakinan beliau terhadap timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebalik apa yang dilihat sebagai cubaan seorang bekas pemimpin negara untuk melaga-lagakan mereka.

Mereka berdua telah bersama-sama mengharungi waktu susah dan senang sejak 1986, kata Najib yang merujuk kepada semasa beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum disertai Ahmad Zahid sebagai setiausaha politiknya.

Selain itu, Najib yang juga presiden UMNO berkata beliau dulu pernah membantu Ahmad Zahid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bagan Datoh (kini Bagan Datuk).

“Sebab itu saya ingin beritahu anda bahawa pimpinan UMNO kukuh, yakinlah… saya tetap yakin pada timbalan saya (Ahmad Zahid). Kita tidak usah fikir bab ini, banyak lagi yang perlu kita lakukan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid pernah menemui beliau dalam cubaan menjatuhkan Najib dua tahun lalu.

Namun Ahmad Zahid,  naib presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti rakaman bagi menangkis tuduhan itu.

 Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memperkatakan tentang tindakan Dr Mahathir menggunakan kuasanya ketika menjadi perdana menteri apabila menahan Ahmad Zahid di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

“Bayangkan Ahmad Zahid yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia kena masuk ISA. Dia (Dr Mahathir) kemudian hantar dua SB (pegawai Cawangan Khas)  pergi jumpa Ahmad Zahid dan beritahu kalau nak keluar daripada  ISA lebih awal Ahmad Zahid perlu tandatangan surat letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia…akhirnya dia tandatangan lepaskan jawatan,” kata perdana menteri.

Najib seterusnya berkata Ahmad Zahid sekali lagi didatangi pegawai SB keesokannya dan memintanya menandatangan satu lagi surat bahawa dia meletak jawatan atas kerelaan hati.

“Ahmad Zahid ditekan ibarat pistol di letak pada kepalanya… sebab itu Ahmad Zahid tidak lupa… sebab itu tidak masuk akal dia jumpa Tun M minta sokongan untuk gulingkan saya. Ini satu fitnah sama sekali, ” tegas perdana menteri. - sumber

Bro: Dalam sejarah UMNO dahulu, ini adalah ketika yang paling GANAS di mana orang yang dahulunya MENGINGATKAN MELAYU dan UMNO agar tidak bersekongkol dengan mereka yang cuba menjahanamkan UMNO, hari ini, orang itulah yang yang keluar UMNO dan bersama dengan MUSUH-MUSUH UMNO bagi menghancurkan UMNO... Tapi, UMNO kena bersyukur kerana dikurniakan gandingan NAJIB ZAHID yang cukup memahami antara satu sama lain demi mempertahankan UMNO...

INI BUKAN MAIN-MAIN!

No comments:

Post a Comment