Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 25 August 2017

JIKA PRU14 BERTEMBUNG DENGAN PAU, MAKA PAU BOLEH DITANGGUH... @NajibRazak

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 5 hingga 9 Dis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata jika kedua-dua tarikh itu bertembung, perhimpunan agung itu boleh ditangguhkan.

"Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa, malah jika ia bertembung dengan tarikh Perhimpunan Agung UMNO, kita akan tangguhkan (perhimpunan Agung UMNO), katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata perhimpunan agung itu akan dimulakan dengan Taklimat Presiden pada 5 Dis, diikuti perasmian sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.

Katanya persidangan sayap parti akan diadakan pada 6 Dis diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi pada malamnya..... sumber

Bro: Selepas beberapa tahun bekerja, tak sabar rasanya untuk menghadapi pilihanraya... rakyat juga ternanti-nanti, inilah masanya untuk punahkan Pakatan Harapan yang kelihatan tiada harapan...

No comments:

Post a Comment