Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 14 August 2017

Forum kecoh sebab Tun M beri lampu hijau – Jamal

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dimaklumkan mengenai kekecohan yang akan berlaku pada program Nothing To Hide anjuran partinya, semalam, kata Datuk Seri Jamal Md Yunos.


Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia itu mendakwa insiden tersebut mendapat persetujuan mantan Perdana Menteri dengan tujuan untuk menuding jari kepada UMNO sebagai pihak bertanggungjawab.

“Rancangan ini dibuat oleh pemimpin tertinggi parti Bunga Raya itu, saya dah tahu seminggu awal dimana selepas sejam Tun M berucap akan berlaku kekecohan, mereka akan tuduh UMNO buat, UMNO yang buat kerja kotor.

“Saya dapat maklumat ini melalui Whatsapp daripada kumpulan mereka, saya tak nak beritahu siapa orang itu cuma beliau juga nyatakan persetujuan yang kekcohan itu mendapat persetujuan Tun M,” katanya di pejabat Gabungan NGO, Ampang, Isnin.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua UMNO Sungai Besar itu berkata beliau mempunyai bukti dan akan diserahkan kepada pihak polis dalam masa terdekat.

Sementara itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengelar PPBM sebagai Parti-Parti Bunga Api.

“Jangan keliru dengan ARMADA dengan Pemuda Arman, kalau nak borang pemuda, jadi sebahagian daripada pergerakan pemuda di bawah UMNO, kita akan bawa,” tegasnya. - sumber

No comments:

Post a Comment