Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 6 June 2017

PUTUS HUBUNGAN QATAR! Malaysia Pantau Perkembangan Negara Teluk...

Malaysia akan memantau perkembangan krisis di Qatar berikutan keputusan beberapa negara memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara tersebut dalam perhatian beliau ketika ini.

“Kita rapat dengan negara-negara di Asia Barat dan kita tidak tahu isu tersebut melibatkan apa.

“Buat masa ini kita akan pantau perkembangan isu ini,” katanya selepas meninjau perkembangan projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) pada Isnin.

Tujuh negara Arab termasuk Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Yaman dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Kesemua negara berkenaan menuduh Qatar menyokong kumpulan Ikhwanul Muslimin dan beberapa kumpulan ekstremis lain. - sumber

Bro: Buat yang terbaik...

No comments:

Post a Comment