Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 5 June 2017

CHEGUBARD TUDUH TUN M PERKUDA PEMBANGKANG...

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad memperkuda dan mengambil kesempatan di atas kecelaruan pembangkang.

Selain itu menurut pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, untuk Pakatan Harapan menaikkan semula Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah satu ‘kerja gila’.

“Untuk menaikkan semula semula seorang manusia yang diktator yang bertahun kita lawan untuk jatuhkan dan naikkan semula itu satu benda yang gila.

“Setelah kita berjaya menurunkan malapetaka besar ini, mengapa kerja gila kita untuk menaikkan dia semula?” soal beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard.


Tambah bekas ahli majlis pimpinan tertinggi PKR itu lagi, berdasarkan kepada rekod rasuah dan jenayah pentadbiran Mahathir sebelum ini akan mengakibatkan bekas perdana menteri itu tewas jika bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. - sumber

Bro: Apabila anak-anak muda hingusan pembangkang yang lain mahu bermain politik, mereka tidak sedar Tun M itu sudah lama berpolitik... Kita lihat siapa yang kenaaaa!

No comments:

Post a Comment