Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 6 June 2017

Bravo! TPM Zahid Hamidi Perhimpunan ‘Jerusalem Jubilee’ BATAL.... @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Kenyataan Tegas Timbalan perdana Menteri Dato Seri Zahid Hamidi berkenaan melalui status yang dimuat naik di dalam FACEBOOK Beliau di sini

Saya mengarahkan Polis Diraja Malaysia          ( Royal Malaysia Police ) membatalkan dan mengharamkan sebarang 'Jerusalem Jubilee' yang ingin dibuat di Malaysia.



Dalam laporan lain:


 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penganjuran perhimpunan Jerusalem Jubilee di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi mengarahkan PDRM membatalkan perjumpaan yang menyentuh sensitiviti agama itu.  

"Kepada penganjur Jerusalem Jubilee, permit perjumpaan anda tidak diluluskan, permit anda dibatalkan dibawah arahan rasmi saya sebagai Menteri Dalam Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bulan Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Annur Batu 8, di sini, tadi.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim yang diraikan.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu menghormati sensitiviti orang Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi negara.

"Toleransi agama harus dijaga dan tolong hormati agama lain. Ada perkara tidak boleh dimaafkan jika ia menyentuh akidah dan dicabar oleh pihak tertentu," katanya. - sumber

Bro Lay Low: kenyataan beliau mendapat reaksi yang positif dikalangan rakyat di negara ini...

No comments:

Post a Comment