Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 7 June 2017

BETULKER?! PILIHANRAYA UMUM KE-14 TAHUN HADAPAN...?

Pilihanraya umum yang dipercayai akan diadakan pada Oktober ini berkemungkinaan tidak menjadi kenyataan dan terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Penangguhan itu dibuat kerana Presiden China, Xi Jinping bakal mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada Oktober depan.

“Semasa lawatan kerja Presiden China di negara ini, perdana menteri dan jemaah kabinet perlu hadir. Oleh itu, parlimen tidak boleh dibubarkan.

“Oleh itu, PRU-14 berkemungkinan diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan iaitu pada Mac 2018,” kata sumber kepada Sin Chew Daily.

Selain itu, perkembangan politik serta kewangan semasa negara juga memainkan peranan sama ada pilihanraya umum di adakan pada tahun ini atau tidak.


Sebelum ini, Najib pernah membayangkan PRU-14 kemungkinan jatuh pada September atau Oktober ini dan jika tidak berlaku, ianya akan berlangsung pada tahun depan.- SUMBER

Bro Lay Low: Tarikh terbaik bulan Oktober ni... Mana-mana dan bila-bila masa sekali pun, kami tetap akan bersedia berjuang...

No comments:

Post a Comment