Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 8 May 2017

ZAHID KOMITED BANTU NAJIB... @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Saat perlantikan Dato Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu adalah petanda dato Seri Najib memerlukan timbalan yang setia dan komited dalam melaksanakan tugas dan agenda negara...

Mulai saat itu, TPM Zahid telah menunjukkan hasil kerja yang cukup konsisten dalam berjuang bersama PM Najib bagi memimpin negara ini. Pastinya, tiada langsung keraguan sebagai orang nombor 2 negara, bagi membantu PM melaksanakan tugas dan mandat rakyat kepada kerajaan... 

Hasilnya, hari ini, PM Najib mempunyai jentera kerajaan yang cukup utuh dan meyakinkan bagi melunaskan agenda besar membangunkan negara dan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan tiba bila-bila masa sahaja...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini (semalam 7 Mei 2017) berkata beliau akan terus komited membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan usaha-usaha kerajaan untuk menolong rakyat.

Ini, kata timbalan perdana menteri, bagi memastikan segala usaha yang buat dapat diterjemahkan dengan baik untuk manfaat rakyat.

"Saya akan membantu perdana menteri untuk menentukan komitmen beliau dan komitmen kerajaan diterjemahkan dengan baik. Saya bantu perdana menteri kerana perdana menteri ikhlas dalam membantu semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Beliau (perdana menteri) memerlukan orang nombor duanya komited dan saya akan melakukannya," katanya pada majlis pelancaran ulang tahun ke-35 Pusat Sri Murugan di sini.

Ahmad Zahid berkata beliau juga seorang yang setia kepada Najib dan mengenali beliau sejak 1982 lagi selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Najib pada 1987.

"Kesetiaan saya tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," tegas beliau.

Ahmad Zahid berkata satu daripada perkara yang dipertanggungjawab kepadanya adalah membanteras kemiskinan bandar, dan melalui Jawatankuasa Kabinet Membanteras Kemiskinan Bandar yang dipengerusikannya itu, beliau akan memastikan usaha-usaha dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Katanya, beliau sering berbincang dengan menteri-menteri lain termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar Tan Sri Noh Omar untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah miskin bandar, khasnya yang melibatkan perumahan, kos makanan, pengangkutan dan pendidikan.

"Saya tidak melihat kepada warna kulit dalam usaha membasmi kemiskinan bandar. Dalam kemiskinan, sama ada orang Melayu, India ataupun Cina. Kemiskinan tetap kemiskinan dan ia perlu diatasi,"katanya. - sumber

Bro: KUNCI KESETIAAN JELAS TERPANCAR PADA WAJAH DAN CARA KEPIMPINAN TPM TERHADAP PM DAN PALING PENTING DASAR PENTADBIRAN DS NAJIB DITERJEMAHKAN DENGAN BAIK OLEH JENTERA PENTADBIRAN NEGARA PADA HARI INI...

1 comment:

  1. Teruk benar lefaz kesetiaan di ulang berkali kali kali kali kali kali.. Ada masalah ke?

    ReplyDelete