Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 12 May 2017

Penting! 4 faktor UMNO Jadi Parti Paling Berjaya... DS Najib

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan empat faktor utama yang dijunjung UMNO selama 71 tahun ditubuhkan, menjadikan parti itu paling berjaya di dunia dalam demokrasi yang terbuka hari ini.

Perdana Menteri berkata, dengan mendukung empat faktor itu, UMNO berjaya menyambut ulang tahun penubuhannya dengan kekuatan yang luar biasa. 

"Empat faktor itu ialah UMNO tidak pernah meninggalkan asas perjuangan parti; meletakkan perjuangan parti untuk kepentingan seluruh rakyat; sentiasa relevan mengikut peredaran zaman dan mempunyai wawasan serta tindakan secara kolektif dengan parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun ke-71 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - sumber


Bro: UMNO Terus relevan dalam mendepani cabaran dan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara...

2 comments:

  1. Itu dulu ... bukannya sekarang dan masa depan. Najib dah merosakkan prinsip dan pribadi UMNO

    ReplyDelete
  2. Dibumi Malaysia ni...aku perjuangkan nasib aku sendiri...kais pagi mkn pagi kais petang mkn petang ada UMNO kisah.

    ReplyDelete