Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 2 May 2017

Pemuda UMNO Kedah ajak Pemuda PAS muzakarah...?

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah memuji tindakan berani tiga sayap PAS iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat yang mengusulkan pimpinan tertinggi parti Islam itu untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata tindakan itu bertepatan dengan prinsip PAS  yang tidak perlu menanggung beban kepincangan politik sesasam parti pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kami percaya kedua-dua entiti iaitu Pas dan UMNO sudah boleh melalui suasana kematangan politik yang menyakinkan untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah walaupun mempunyai pandangan politik dan prinsip yang berbeza.

“Sehubungan itu, Pemuda UMNO Kedah ingin membuka pintu ‘muzakarah’ bersama Pemuda PAS sekiranya ada perkara dan isu yang memerlukan persetujuan demi kepentingan ‘ummah’,” kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin.

Sementara itu Shaiful Hazizy berkata Pemuda UMNO Kedah bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan PPBM sebuah parti ‘celaru’ tanpa hala tujuan.

“PPBM adalah parti yang berasaskan dendam dan sama sekali bukan alternatif yang tepat untuk orang Melayu.

“Saya  percaya PPBM adalah parti yang semata-mata mahu ‘menumpang’ selepas melihat kekalutan di dalam UMNO dan Barisan Nasional,” kata beliau lagi. - sumber

Bro: Takada salahnya... Teruskan berjuang...

1 comment:

  1. Memang patut sayap tu dipuji sebab sayap umno setakat jenis angguk kepala.

    ReplyDelete