Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 15 May 2017

PAS TIDAK MUNGKIN AKAN HADIR KONGRESS PKR...

Walapun surat jemputan kepada PAS untuk menghadiri Kongres PKR sudah dihantar, parti Islam it belum menerimanya, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kita belum terima lagi jemputan.

“Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir,” lapor Sinar Harian, Isnin.

Sebelum itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata PAS belum memberi pengesahan kepada jemputan rasmi yang dihantar kepada parti itu untuk menyertai Kongres PKR bermula 19 hingga 21 Mei depan.

Saifuddin dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput PAS dibuat sebelum parti Islam itu membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pada 11 Mei lalu, hubungan kedua-dua parti berakhir selepas Majlis Syura Ulamak PAS membatalkan hubungan politik serta merta. - SUMBER

Bro: Buat apa lagi nak dikenang barang yang sudah tiada... Teruskan berjuang, mulai hari ini bolehlah lihat kejatuhan PKR...

No comments:

Post a Comment