Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 29 May 2017

Jamal Bidas Zuraida! Tunggu Siasatan SPRM...

Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang mendabik dada kononnya menggunakan alasan keistimewaan beliau memiliki Permit Import (AP), dirinya bersih daripada amalan rasuah.

Tegasnya, pihak NGO yang diwakilinya telah pun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keupayaan luar biasa Zuraida memiliki pelbagai kereta jenama mewah sejak tahun lepas lagi.

“Sebelum Zuraida cabar, kami telah buat kerja dan laporan SPRM telah pun dibuat selepas kita kali pertama melaporkan kes kekayaan luar biasa Datuk Adam Rosly kepada SPRM tahun lepas.

“Jadi kita tunggu sahaja SPRM buat kerja. Siasatan sedang dilakukan oleh SPRM, cuma saya difahamkan SPRM tidak akan melakukan tangkapan kepada ahli politik ketika PRU semakin hampir. Tunggulah lepas PRU nanti.” Jelasnya kepada BNBBC.my portal, pada Isnin.

Menurutnya, setiap ahli parlimen memang diberikan keisitimewaan untuk diberi AP mengimport kereta baharu  berbanding dengan pemegang akaun AP yang hanya boleh mengimport kereta yang berusia di bawah 5 tahun dan 1 tahun ke atas.

Namun apa yang dipertikaikan, kata Jamal, kereta-kereta mewah yang digunakan Ketua Wanita PKR itu kebanyakannya adalah milik ahli perniagaan Cina dan telah menggunakan logo Ahli Parlimen di kenderaannya.

“Zuraida sudah dua penggal jadi Ahli Parlimen, jadi dia sudah ada dua AP. Dia boleh beli kereta baru tanpa diskaun berbanding pemegang AP yang diberikan diskaun 25 peratus. Itu kita tidak kisah.

“Yang dipertikaikan sekarang kenapa kereta mewah itu kebanyakannya dimiliki atas nama tauke-tauke Cina? Kemudian kereta yang digunakan diletakkan logo Ahli Parlimen pula,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Zuraida mencabar mencabar mana-mana pihak membuat laporan kepada SPRM jika benar beliau mengamalkan rasuah.

Zuraida Kamaruddin berkata tidak wajar mempersoalkan kereta yang dimilikinya kerana ahli Parlimen sememangnya diberi keistimewaan memiliki AP. 

Beliau juga mendakwa sudah menggunakan kereta berjenama dan berkualiti sebelum menjadi wakil rakyat dan sentiasa utamakan barangan berkualiti tinggi dalam amalan pembeliannya. - sumber

No comments:

Post a Comment