Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 8 May 2017

Filem Terakhir Robin Williams Bakal Ditayangkan Di AS...

FILEM terakhir mendiang Robin Williams akhirnya bakal ditayangkan di pawagan Amerika Syarikat selepas ia terlebih dahulu dilancarkan di United Kingdom, dua tahun lalu.

Karya berjudul Absolutely Anything itu sempat disiapkan tiga minggu sebelum Robin ditemui mati akibat membunuh diri pada Ogos 2014.

Menerusi filem animasi itu, Robin meminjamkan suaranya untuk watak Dennis iaitu seekor anjing yang boleh bercakap.

Selain Robin, filem itu turut menampilkan suara Simon Pegg, Kate Beckinsale, Terry Jones dan John Cleese.

Robin ditemui mati di kediamannya di Tiburon, California pada usia 63 tahun. - sumber


No comments:

Post a Comment