Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 24 May 2017

DUDUK RAPAT! MAT OVER, ROSYAM DAN DAVID TEOH CURI TUMPUAN JADI VIRAL...

Pujian perlu diberikan kepada semua artis yang hadir malam tadi, lebih-lebih lagi kepada Mat Over, Rosyam Noor dan david teoh kerana berlapang dada dan berjiwa besar untuk duduk bersama dan menjadi tumpuan ramai bukan sahaja dalam DATC UiTM malahan diseluruh negara yang menonton program Laporan Transformasi Nasional oleh Dato Seri Najib malam tadi...


Kelibat pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over dan penerbit filem David Teoh telah mencuri tumpuan hadirin dalam majlis Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional (NTP).

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyebut nama kedua-dua artis yang terlibat dalam satu insiden pergaduhan minggu lepas dalam ucapan pembentangan NTP tersebut.

“Program NTP ini adalah usaha kerajaan dalam menjaga dan membela kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa.

“Kita janganlah berkelahi, kita perlu bersatu. Kerajaan nak Malaysia bersatu seia sekata barulah Malaysia boleh bejaya,” kata Najib sambil bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya yang telah pun berdamai dan melupakan apa yang telah berlaku.

Serentak dengan itu David dan Mat Over yang duduk bersebelahan terus berdiri dan menerima tepukan gemuruh hadirin.

Dalam pada itu, ketika ditemui Mat Over menjelaskan, tidak ada apa yang perlu disimpan di dalam hati terhadap perkara yang telah berlaku kerana masing-masing telah bermaafan dan berdamai.

“Ini macam angin lalu sahaja. Ia telah dilupakan dan tidak perlu diungkit lagi.

“Jadi kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jadikan ia tauladan dan sempadan untuk diri kita pada masa akan datang,” jelasnya lagi.

Dalam kejadian minggu lalu, Mat Over telah menampar David selepas tidak berpuas hati dengan tingkah laku penerbit itu yang dikatakan kurang ajar dengan Perdana Menteri.

Kejadian itu berlaku ketika sesi soal jawab hendak dimulakan antara David dengan Perdana Menteri apabila Mat Over tetiba meluru ke pentas dan terus menampar David.- sumber


Bro: terbaiklah! Terima kasih Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di atas penganjuran program yang sungguh bermakna...

No comments:

Post a Comment