Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 2 May 2017

Abdul Hadi Ucap Tahniah Kepada Kerajaan BN...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana memberi laluan kepada parti Islam itu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Beliau ketika ditanya sama ada penghargaan terhadap kerajaan itu adalah petanda kepada kerjasama lebih erat dengan UMNO.

“Konsep kita, kerjasama atas perkara baik, kebajikan kita kerjasama. Tetapi perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang, kita tentang. Itu pendirian kita yang terbuka.

“Tetapi kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada RUU355 dan sesungguhnya kerjasama ini tidak akan dilupakan,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 di Kedah pada Isnin.

Dalam ucapan itu, Ahli Parlimen Marang itu juga menghentam  parti pembangkang lain dengan mengesa supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) menyiasat mereka sama ada mereka mematuhi perlembagaan atau sebaliknya.

Walaupun tidak menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya, kenyataan Hadi dipercayai merujuk kepada DAP yang suatu ketika dulu berseteru dengan PAS.

“Kita minta RoS sila buat kajian parti-parti lain, adakah mereka menghormati perlembagaan, ikut perlembagaan atau tidak.

“Contoh, Islam agama rasmi – dia hormat ke tidak? Raja berpelembagaan, dia hormat ke tidak? Bahasa Melayu,  agama Islam sebagai agama rasmi, dia hormati ke tidak? Hak bumiputera Melayu jawa bugis orang asal semenanjung, bumiputera Sabah Sarawak ada hak istimewa yang perlu dihormati, mereka hormat ke tidak?”

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan PAN turut tidak disindir oleh Hadi dalam ucapanya.

Katanya, merujuk kepada sejarah Nabi Daud AS, Abdul Hadi menyentuh mengenai “pemakan dedak” yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak istiqamah dalam perjuangan.

“Istilah makan dedak ni, bukan saya buat. Orang yang buat istilah ni masih hidup.

“Dan siapa ada dedak? Orang UMNO tahu siapa yang makan dedak,” katanya.

Istilah ‘dedak’ dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir sejak beliau bersama gerakan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - sumber

No comments:

Post a Comment