Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 11 April 2017

Wahai Ezam! Kamu Perlu Telus Sebelum Sibuk Cari Salah Orang Lain...

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Begitulah yang terjadi kepada presiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Ezam Md Noor yang dicadangkan untuk cermin diri sendiri terlebih dahulu berhubung tindak tanduknya yang tidak selari dengan tindakannya.

Presiden Pertubuhan Gerakan Transformasi Nasional 50, Muhammad Rahimi Osman menempelak Ezam kerana tidak pernah
mengistiharkan segala harta diatas namanya dan orang-orang terdekat dengannya dan menyatakan bagaimana harta tersebut diperolehi.

“Sebagai seorang pemimpin kepada Parti Bebas Rasuah haruslah membuktikan kepada rakyat bahawa dirinya terlebih dahulu adalah seratus-peratus bersih daripada sebarang perbuatan rasuah dan penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Sehubungan itu, Muhammad Rahimi mencabar Ezam untuk terlebih dahulu membersihkan namanya sendiri daripada segala persoalan berkaitan diri beliau.

“Yang pertamanya adalah isu 6 kotak rasuah yang selalu didendangkan oleh Ezam semenjak dari tahun 1999. Hampir 18 tahun hanya dua dokumen sahaja yang didedahkan Ezam. Bagaimana dengan kotak-kotak yang lain ?

“Melindungi atau bersekongkol dengan rasuah juga adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan agama. Adakah Ezam menggunakan kotak-kotak itu sebagai kotak untuk beliau cari makan?,” katanya.

Muhammad Rahimi turut mempersoalkan dana NGO yang diketuai Ezam dan dana-dana lain yang diterima beliau

“Yang keduanya saya ingin bertanya kepada Ezam mengenai berapa banyak dana kerajaan yang diterima oleh beliau sepanjang beliau berada dalam UMNO? Ini termasuk dana sebagai senator, dana NGO Hisbah dan Yayasan Nusantara yang diketuai oleh beliau.

“Kemana dana-dana ini dibelanjakan dan apakah tujuan perbelanjaan tersebut? Dan adakah segala perbelanjaan dibentangkan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang?,” katanya lagi.

Justeru itu Muhammad Rahimi mendesak Ezam untuk menunjukkan pendiriannya dalam memerangi gejala rasuah dengan tidak memilih bulu.

“Saya juga ingin bertanya apakah pendirian Ezam dan Parti Bebas Rasuah terhadap segala isu rasuah dalam kerajaan pimpinan Pakatan Harapan seperti isu rumah banglo Guan Eng, Isu Dana YAWAS dan SMUE, Isu pembelian equiti SLASH, isu kedai judi haram dan macam-macam lagi?

” Adakah Parti Bebas Rasuah pimpinan Dato’ Ezam juga akan menggesa perletakan jawatan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali?,” katanya.- sumber

No comments:

Post a Comment