Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 17 April 2017

TMJ Sedia Lepaskan Jawatan, Isu Kononnya Berpihak Kepada JDT...

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang dimenangi bulan lalu, jika kehadirannya dalam badan induk itu dilihat mempengaruhi keputusan perlawanan memihak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tindakan itu diambil selepas beliau melihat segelintir penyokong yang sentiasa menimbulkan isu seolah-olah beliau cuba membantu JDT dengan kapasitinya selaku presiden FAM menerusi beberapa keputusan perlawanan yang berpihak kepada skuad Harimau Selatan itu.

“Ingatlah bahawa JDT memenangi piala sebelum saya menjadi presiden,” kata beliau sambil menambah, jika ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan keputusan pengadil, pihak FAM akan menayangkan video dan penyokong boleh menilainya sendiri.

Kata beliau, sekiranya penyokong masih rasa kurang senang dengan kedudukannya sebagai presiden FAM, mereka boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan Majlis Kongres dan melantik ketua yang baharu.

“Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan korupsi dalam bola sepak.

“Tetapi jika penyokong bola sepak tanah air merasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai presiden, anda boleh cari presiden baru. ‘No problem’.

Beliau melahirkan pendirian itu menerusi akaun rasmi Football Association of Malaysia (Official), hari ini.

Malah, Tunku Ismail turut mengakui beliau tidak berdepan masalah untuk menyerahkan keputusan kepada penyokong bagi memilih presiden baharu jika beliau dianggap sebagai individu yang tidak sesuai menerajui organisasi terbabit.

Tunku Ismail turut mengarahkan FAM, Jawatankuasa Integriti dan Persatuan Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera.

Kata Tunku Ismail, beliau mahu siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini.

“Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan.

“Saya juga ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup.

“Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM,” kata beliau.

Tunku Ismail menambah, FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti.

Awal bulan ini, beliau menegaskan, pemain dan pegawai bola sepak yang terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan akan digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu.

Katanya, keputusan itu adalah antara sasaran baru Exco FAM untuk menangani isu rasuah dalam bola sepak negara.

Sejak dipilih sebagai presiden, beliau telah mengumumkan sejumlah keputusan drastik untuk mengubah hala tuju FAM. - sumber

No comments:

Post a Comment