Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 3 April 2017

Terkini! 20 kakitangan FAM ditamatkan perkhidmatan...

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikalnya ditamatkan perkhidmatan, hari ini.

Katanya, ia bertujuan memastikan badan induk bola sepak negara itu menjaga dan mengawal kewangan serta membolehkan perjalanan organisasi berkenaan mencapai sasaran yang dituju.

“Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi FAM.

“Mereka (kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan) telah dimaklumkan pada hari ini beserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan.- sumber

No comments:

Post a Comment