Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 17 April 2017

RUPANYA PAS PERNAH JUMPA SUMBER SPRM @rafiziramli ...?

PAS menganggap usaha Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk mengaitkan PAS dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bersandarkan maklumat daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri mendedahkan, PAS sebenarnya pernah berjumpa dengan bekas pegawai kanan SPRM yang dimaksudkan Rafizi tersebut bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya ke atas 1MDB.

Menurut beliau, PAS bagaimanapun mendapati bekas pegawai kanan SPRM itu sebenarnya seorang sumber pemberi maklumat yang kabur yang tidak boleh dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan.

“Persoalannya bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan. Seterusnya disebarkan ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya.

“Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa. Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah bukti. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong Rafizi melakukan sesuatu yang tidak beretika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tuduhan terbaru Rafizi iaitu ke atas bekas Naib Presiden PAS yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa kononnya menerima duit daripada dana 1MDB bagi mengheret sama parti itu dalam dakyah 1MDB yang dilemparkannya keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

Rafizi dipercayai membuat tuduhan secara terbuka itu secara tiba-tiba bagi mengalih perhatian orang ramai daripada kisah penentangan PKR terhadap usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia keatas Pakatan Harapan.

Pemimpin PKR itu juga dipercayai berbuat demikian bagi memberi reputasi buruk ke atas PAS kerana PAS kini dianggap musuh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP yang perlu ditumbangkan secepat mungkin.

Selanjutnya baca di sini

Bro: Habislah ko rafizi... Ko jentik PAS, semua rangkaian PAS sedang menuju kearah kamu... Siapa dibelakang mu? kalau dulu bukan main lagi ko Pertahankan PAS? sekarang ini bila As sudah tidak bersama, ko nak KOREK balik segala maklumat yang ko ada... Tetapi....???? Kasihan!

No comments:

Post a Comment