Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Thursday, 13 April 2017

Rasuah: Pengarah agensi kerajaan direman 6 hari

Hanya disebabkan meminta dan menerima sogokan bernilai RM3,500, seorang pemangku Pengarah sebuah agensi kerajaan direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan

Suspek berusia 56 tahun dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pada pukul 11.45 pagi ini dengan menaiki sebuah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff berkata, suspek ditahan pada pukul 3.30 petang di sebuah restoran di Kubang Kerian kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,500.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - sumber

No comments:

Post a Comment