Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 11 April 2017

Pekerja Korea Utara diminta sertai program penyerahan diri...

Pekerja Korea Utara yang telah tamat tempoh permit kerja di negeri ini perlu mengikuti program 3 1 iaitu program penyerahan diri secara sukarela di pejabat penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata, seramai 117 pekerja Korea Utara yang masih berada di negeri ini didapati tamat tempoh permit bekerja, namun lokasi mereka masih belum ditentukan.

"Mereka didapati tinggal lebih masa sekali gus dikategorikan sebagai pekerja haram.

"Sebelum ini, 55 pekerja dari republik itu sudah dihantar pulang kerana tinggal lebih masa dan kebanyakan mereka dipercayai berada di bahagian Bintulu, Mukah dan Kuching," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 JIM Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada semua pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dari negara komunis tersebut.

Jelasnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap majikan yang masih mengekalkan pekerja mereka yang tinggal lebih masa di negara ini khususnya di Sarawak.

"Tempoh seminggu diberikan bermula hari ini dan kumpulan sasaran itu harus tampil dalam program 3 1 sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan," tegasnya. - sumber

No comments:

Post a Comment