Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 12 April 2017

Isu HINA ISLAM? KDN Beri Surat Tunjuk Sebab Kepada Nanyang Siang Pau...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd hari ini, berhubung karikatur berunsur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini, berkata perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.

“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam.

“Sehubungan itu, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar harian berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

“Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn Bhd diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Sabtu lalu, Nanyang Siang Pau menerbitkan satu lakaran karikatur dua ekor monyet yang merujuk kepada Hadi dan Pandikar.

Karikatur yang disiarkan dalam versi cetak dan online bertajuk ‘Akta Monyet’ menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi memakai serban bertenggek di pokok ‘Akta 355’.

Ia diterbitkan dua hari selepas Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.

Akhbar itu bagaimanapun semalam telah membuat permohonan maaf dan menyatakan karikatur yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.

“Walaupun sudah minta maaf tetapi ia seharusnya tidak berlaku,” tegas Rauf lagi.

Rentetan penyiaran karikatur itu, kira-kira 300 penyokong PAS berhimpun di luar pejabat Nanyang Siang Pau pada pagi tadi untuk mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap akhbar berkenaan. - sumber

Bro LL: TAHNIAH KDN! Ada juga manusia yang perangai macam HARAMJADDAH! Nak pertahankan ISLAM, tapi, tak nak tengok diri depan CERMIN!

No comments:

Post a Comment