Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 3 April 2017

INI DIA PEMAIN MALAYSIA PERTAMA BERAKSI DI LIGA AMERIKA SYARIKAT

Ini dia biodata Wan Kuzain Wan Kamal! Beberapa hari lepas, pemain yang baru berusia 19 tahun iaitu Wan Kuzain Wan Kamal telah mencipta sejarah. Wan Kuzain menjadi pemain berdarah Malaysia yang pertama beraksi dalam liga bola sepak di Amerika Syarikat.

Wan Kuzain beraksi secara professional bersama Swope Park Rangers. Untuk makluman anda, Swope Park Rangers beraksi di divisyen dua liga utama Amerika Syarikat.

Aksi pertama yang menakjubkan!

Pada perlawanan profesional pertama itu, Wan Kuzain diberikan tugas mengemudi bahagian tengah pasukan tersebut yang berjaya memperoleh kemenangan 3-1 ke atas OKC Energy Sabtu lalu.

Memetik sumber info, bapa Wan Kuzain, Prof Dr Wan Kamal Napi jelas sekali berbangga dengan aksi anaknya sambil melemparkan pujian kepada ‘wonderkid’ tersebut.

Pernah mewakili skuad Amerika Syarikat B17!

“Semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. Mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik.

“Saya sendiri biasanya agak sukar untuk memberi pujian ke atasnya, tapi melihatkan permainannya dia berhak diberi kredit biarpun itu adalah penampilan pertama di pentas tertinggi,” katanya

Wan Kuzain sebelum ini pernah mewakili skuad Amerika Syarikat B17, selain itu beliau juga pernah di jemput untuk percubaan bersama gergasi Liga Eredivisie, Feyenoord di Belanda.

Adakah Wan Kuzain berminat untuk mewakili Malaysia?

Semua itu masih menjadi tanda tanya. Adakah pemain muda ini mahu mewakili pasukan yang ‘lemah’ seperti Malaysia sedangkan beliau mempunyai peluang cerah beraksi bersama pasukan Amerika Syarikat?

Jika sebelum ini, pihak Wan Kuzain pernah berkata, FAM tidak pernah langsung menghubungi untuk memanggil Wan Kuzain beraksi bersama Malaysia.

Adakah kepimpinan baru FAM yang di terajui Tunku Ismail akan bertindak untuk mencuba memujuk dan menawarkan tempat kepada Wan Kuzain untuk beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia?

Biodata Wan Kuzain Wan Kamal!

Wan Kuzain pernah mendapat jolokan ‘Messi Amerika’. Namanya mula jadi sebutan ramai pihak sejak membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL).

Nama Penuh : Wan Kuzain Wan Kamal
Nama Panggilan : Wan Kuzain
Nama Gelaran : Messi Amerika
Umur : 19 tahun (2017)
Tempat Lahir : Amerika Syarikat
Kerjaya : Pemain bolasepak profesional

Kelab : Swope Park Rangers


Semoga FAM dapat memberikan peluang kepada Wan Kuzain. Sudah tentu ramai yang berharap Wan Kuzain ‘terpanggil’ untuk mewakili skuad Harimau Malaysia satu hari nanti. - sumber

No comments:

Post a Comment