Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 10 April 2017

Hot! Seniman buat laporan polis berhubung isu Najip hina PM

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara Singapura Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah program televisyen di negara itu, baru-baru ini.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Zed Zaidi berkata beliau membuat laporan itu kerana Seniman memandang isu berkenaan sebagai sesuatu yang serius dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara itu berulang.

Beliau berkata walaupun Najip dan pihak program televisyen itu sudah meminta maaf, tetapi empat lagi tetamu terdiri daripada selebriti dan hos program itu belum meminta maaf.

"Seniman akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi bagi menghalang mereka yang terlibat daripada memasuki ke Malaysia.

Kalau boleh kami akan cuba untuk mengurangkan kemasukan artis luar negara memasuki Malaysia untuk membuka peluang kepada artis tempatan dalam industri hiburan," katanya.

Rabu lepas, Stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 dan Najip meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan satu segmen yang dikatakan mempersenda Perdana Menteri dalam rancangan OK Chope! yang disiarkan pada 29 Mac lepas di Singapura. - Bernama - sumber

No comments:

Post a Comment