Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 11 April 2017

DO RESPECT MY RELIGION, IF YOU WANT ME TO RESPECT YOUR RELIGION " TPM ZAHID @NajibRazak @Zahid_Hamidi


INI BUKAN SOAL MENCABAR SESIAPA, TAPI, INI SOAL MENGHORMATI AGAMA ISLAM...

Keberanian dan ketegasan Dato Seri Zahid sebagai pemimpin negara yang mendokong perjuangan perlembagaan Perseketuan bersama Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib sangat dituntut pada ketika ini... Kombinasi, pemimpin nombor 1 dan 2 negara ini, cukup diberi perhatian oleh semua pihak dalam apa juga isu yang berlaku dinegara ini...

Kombinasi terbaik ini perlu dipertahankan oleh semua pimpinan dalam kerajaan agar Barisan Nasional terus kukuh untuk membawa agenda besar negara ke mercu kejayaan... 

Dalam isu RUU355, BN sekali lagi diuji. Keberanian pemimpin UMNO unmtuk menyokong RUU355 tidak perlu menjadi isu, kerana ini bukan isu baharu... RUU355 sudah 2 kali sebelum ini diluluskan dalam Dewan Rakyat... Malah sebelum ini ianya dibawa oleh wakil rakyat bukan dari kalangan UMNO atau PAS... Namun, atas semangat kenegaraan dan sayangkan Malaysia, ianya tidak dipolitikkan seperti yang berlaku pada hari ini...

Kebneranian UMNO teruji atas isu ini, namun, inilah dia perjuangan, bagaimana BN menangani perkara ini secara berhemah dan pemahaman parti komponen BN juga amat diperlukan pada ketika ini... Ini bukan isu baharu dan sehingga hari ini, tidak ada mana-mana orang bukan islam dikenakan hukuman di bawah RUU355... Namun, masih ada yang termakan dengan MOMOKAN PALSU dan pengaruh-pengaruh negatif pembangkang yang cuba merosakkan pemikiran rakyat terutamanya orang bukan islam agar menentang RUU355, walhal, ianya bukanlah isu baharu...

DAP dilihat hampir berjaya menggerakkan jentera mereka bagi mempengaruhi kesemua ahli parlimen pembangkang agar menentang RUU355, apa tujuannya? Ikut sejarah, Lim Kit Siang juga pernah ada di Dewan Rakyat ketika RUU355 ini dibentangkan dan diluluskan sebelum ini... Tapi, ini perkara POLITIK, apa saja yang memberi keuntungan LABA POLITIK kepada puak CHAUVINIS akan terus dipolitikkan... 

Kepada pimpinan dan penyokong BN teruslah menyokong pemimpin No 1 dan 2 Negara, berdiri teguh dihadapan dan dibelakang mereka agar terus mempertahankan apa juga undang-undang yang di bawa demi kebaikan rakyat Malaysia... Parti-parti komponen BN juga perlu mendapatkan pemahaman yang jleas mengenai isu ini agar tidak terjerat dengan permainan politik PEMBANGKANG...

Kepada Ahli Parlimen ISLAM, bangkitlah mempertahankan undang-undang islam kerana ini adalah demi kemaslahatan UMMAH...  

Bro LL Sokong kenyataan TPM Zahid : DO RESPECT MY RELIGION, IF YOU WANT ME TO RESPECT YOUR RELIGION!

No comments:

Post a Comment