Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Thursday, 2 March 2017

Warga Korea Utara Dikenakan Visa Bermula Isnin - TPM @Zahid_Hamidi



PUTRAJAYA – Berkuat kuasa Isnin ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia akan dikenakan visa, umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan mengenakan visa itu diputuskan beliau atas kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Diharap langkah KDN ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara,” katanya.

Sebelum ini, kunjungan rakyat dari kedua-dua negara sama ada untuk ke Korea Utara dan Malaysia hanya perlu menggunakan pasport. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment