Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 7 March 2017

SKIM ALI BABA YANG DIPERKENALKAN PAKATAN HARAPAN AKAN MENYERLAHKAN PARTI DOMINAN DIANTARA MEREKA

Skim Ali Baba yang diperkenalkan Pakatan Harapan sudah pasti akan memperlihatkan tembelang sebenar parti DAP yang selama ini "PLAYA MAKER" kepada kewujudan Pakatan Rakyat pada suatu ketika dahulu dan kini sudah bertukar menjadi Pakatan Harapan.


Hanya parti Dominan yang berada di dalam PH akan menentukan kepimpinan yang bakal menerajui kerajaan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang.



Sebelum ini, Mahathir pernah mendedahkan kepada media bahawa selama DAP berkecimpung di dalam dunia politik, DAP hanya mahu menyandang jawatan TPM sahaja dan DAP tidak pernah minta lebih.



DAP kononnya tahu hak mereka sebagai parti minoriti mewakili kaum Cina dan beberapa ketul penyokong dari kaum lain yang tidak dilayan dengan sempurna. Itulah hasil perbincangan Mahathir dan Lim Kit Siang sepanjang mereka mengadakan "roadshow" Deklarasi Rakyat pada awal 2016.



Perbincangan kerusi panas tersebut terbongkar apabila Mahathir ditanya oleh pemberita dan sehari selepas itu Mahthir menafikannya pula.



Walau apapun keputusannya, Lim Kit Siang yang pada ketika itu secara automatiknya menjawat jawatan TPM dengan suci hati akan melantik sesiapa sahaja individu yang boleh dianggapnya boleh cari makan.



Dalam kata lain individu tersebut boleh dicucuk hidungnya untuk mengikuti segala arahan semasanya. Individu yang bakal dipilih mestilah berpengaruh dan pandai mengambil hati kaum Melayu untuk menagih simpati bagi menyokong segala dasar yang bakal digubal dan ditukar oleh Pakatan Harapan.



Adakah individu yang dimaksudkan adalah Wan Azizah?



Mungkin juga Mahathir...

No comments:

Post a Comment