Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 31 March 2017

RUU355: ISUNYA BUKAN SIAPA BENTANG, ISUNYA SIAPA YANG AKAN MENYOKONG... @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Bila Perdana Menteri umumkan Kerajaan tidak akan bentangkan rang undang-undang RUU355 di parlimen selepas mesyuarat tertinggi BN baru-baru ini, heboh satu malaya kononnya PAS dipermainkan oleh PAS...

Heboh lagi kononnya Perdana Menteri tidak sebulu dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Agama...


Ada lagi puak yang cuba mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan pemimpin negara...

Lebih sedih lagi, ada yang cuba menyatakan ini cuma permainan POLITIK UMNO yang hanya cuba bermain politik berbanding kepentingan agama...

Kepada semua yang tidak faham atau buat-buat tak faham, beringatlah, dalam politik perlu mengambil kira suara ketua dan suara ramai dan pendirian dan prinsip politik dalam parti... Dalam hal RUU355 ini, Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menyatakan keputuan yang dibuat adalah berdasarkan konsensus...

Ianya akan terus jadi BIL persendirian, dan diperingkat PAS pun ianya tidak menjadi masalah...

Nak tanya kepada HATERS-HATERS Apa yang membezakan jika ini dibentang oleh PAS ataupun BN???

Yang membezakannya, jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya... Tapi jika PAS yang bentang, ianya kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan...

So, apa masalahnya???

PAS akan meneruskan pembentangan pindaan RUU 355 pada sesi parlimen kali ini yang kekal sebagai rang undang-undang persendirian tanpa menyalahkan mana mana pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (pindaan) 2016 atau RUU 355.
“(Pembentangan ) Ini kewajipan, kewajipan bersama seperti masjid. Kerajaan benarkan untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja apa, itu kerja agama, ini urusan agama bukan urusan tipu menipu tidak ada. Maknanya, ..apa saja halangan, PAS akan hadapi....-sumber

Isu yang lebih besar adalah SIAPA YANG AKAN MENYOKONG?

RUU 355: TAK BENTANG BUKAN BERMAKNA TAK SOKONG
(DR ASYRAF WAJDI DUSUKI)

Ramai yang keliru bahkan sewenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU 355 ditolak kerajaan apabila YAB PM mengumumkan kerajaan tidak membentangkan RUU 355, sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS. Sebelum terus berpolemik dan menanggung dosa kering memfitnah, moleklah bertabayyun dan memahami beberapa fakta berikut:

1. Usul Persendirian Rang Undang-undang 355 (RUU 355) akan mengikut prosedur dan aturan mesyuarat Parlimen yang memerlukan semua Rang Undang-undang Kerajaan diselesaikan terlebih dahulu.

2. Usul Persendirian RUU 355  jika dibentangkan kelak, bermakna versi RUU355 yang dicadangkan Pas akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat kelak.

3. Apabila dibahaskan terserah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara tuntas pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan. 

4. Jika ditakdirkan RUU355 ini diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah, maka RUU ini diletakkan dibawah TANGGUNGJAWAB KERAJAAN bagi menyediakan penyata Kerajaan.

5. Apabila RUU355 sudah menjadi Penyata KERAJAAN maka prosesnya ialah Kerajaan meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat PAS samaada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi asal.

6. Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab kepada seluruh rakyat yang berbilang agama, perlu mengambil kira semua faktor termasuk aspek yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 yang dikemukakan PAS.

7. Justeru tidak timbul Kerajaan menolak Akta 355 ini kerana Akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai usul persendirian.

8. Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989.

Persoalan yang lebih mendasar apakah Parti-parti di dalam gabungan Pakatan Harapan terutamanya Amanah, PPBM dan PKR bersedia menyokong RUU 355 ini jika PAS membentangkannya kelak di Parlimen? 

Bro: Ada faham??? Sudah-sudahlah tu kerja nak melaga-lagakan PEMIMPIN Kita... Banyak kerja lagi nak buat untuk martabatkan Islam ni...

KEPADA ORANG BN, INGATLAH JUGA, SESIAPA YANG MEMEPRTIKAIKAN ISU INI BERERTI JUGA MEMPERTIKAIKAN KETUA! Kita laungkan Hormati Ketua, So, TEPATILAH JANJI!

3 comments:

  1. Apa cer nak upgrade rumah sendiri kena mintak approval dari MCA & MIC ke? Apa CONSENSUS???? Itu menipu la tu, menipu orang Melayu keseluruhan yg ingin mendaulatkan Islam... Mmg mcm HARAM JADAH!!!!!

    ReplyDelete
  2. Haram jadahkan dulu mereka yang terang-terang menentang.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete