Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Thursday, 2 March 2017

PANAS! Tokoh Banglo Terlajak Murah Gelabah,Mohon Ketepikan Pendakwaan Hina Mahkamah...?

Permohonan Lim Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung kenyataan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya, akan didengar 14 Julai depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan peguam Gobind Singh Deo bertindak bagi pihak Lim.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan berkenaan tetapi ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk menukar dan meneliti afidavit berkaitan permohonan itu.

Peguam negara memfailkan saman pemula sebelah pihak pada 18 Ogos 2016, memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, peguam negara berkata pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih-lebih dalam keadaan sesuatu kes berkenaan sedang dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurutnya, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang yang menyatakan pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa beliau akan dipenjarakan, jika dibaca secara keseluruhan membawa maksud mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 21 September 2016, mahkamah membenarkan permohonan peguam negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. - sumber

No comments:

Post a Comment