Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 3 March 2017

PANAS! JONG-NAM MATI SEBAB JANTUNG BUKAN AGENT SARAF VX...?

Kedutaan Korea Utara tetap mempertahankan pendirian mereka bahawa Kim Jong-nam meninggal dunia bukan disebabkan agen saraf VX tetapi akibat serangan jantung.

Jurucakap Kedutaan Besar Korea Utara di Malaysia, Ri Tong-il  (gambar) berkata rekod perubatan sebelum ini menunjukkan Jong-nam mempunyai komplikasi jantung selain penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

Katanya mangsa juga pernah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung dan menerima rawatan dari semasa ke semasa.

“Jong-nam juga tidak boleh melancong tanpa membawa bersama ubat-ubatan berkaitan.

“Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memaklumkan kepada kami bahawa mereka menemui ubat diabetes, jantung dan darah tinggi disisi Jong-nam ketika bedah siasat dilakukan ke atas mayatnya,”kata Tong-il pada Khamis.

Tong-il mendakwa penggunaan agen saraf VX, yang digunakan untuk membunuh Jong-nam, sebagaimana yang diumumkan oleh phak berkuasa Malaysia merupakan satu muslihat yang direka oleh Korea Selatan.

Pada 13 Februari, Jong-nam mati dalam perjalanan ke hospital selepas diserang oleh dua wanita di KLIA2 menggunakan agen saraf VX- SUMBER

No comments:

Post a Comment