Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 7 March 2017

NANGIS! MUNGKIN INI SEBABNYA ANDA TIDAK DAPAT BR1M...

Kecoh juga media sosial dengan pelbagai rungutan dan kritikan berkenaan BR1M 2017. Ini kerana masih ramai yang belum menerima bayaran pertama sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa mereka tidak layak menerima BR1M 2017? Sedangkan mereka telah lulus dan terima bayaran BR1M yang sebelum ini.

Pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial. Seperti biasa, ramai yang menghentam tanpa usul periksa. Apatah lagi mereka adalah penerima BR1M berkenaan yang masih belum menerima bayaran.

Ammboi bukanlah mahu membela mana-mana pihak, cuma tertarik dengan penjelasan oleh saudara Azhar Iswaan berkenaan isu ini. Menerusi laman Facebooknya, Azhar menulis beliau terima info dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai punca ramai yang tidak / gagal menerima BR1M tahun ini.

Dari perkongsian beliau, ada beberapa sebab yang menyebabkan permohonan BR1M anda gagal.

Antaranya adalah seperti;

Kemukakan Dokumen Perniagaan (Jika Berkenaan)

Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokumen perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BR1M adalah utk golongan pendapatan rendah.

Ada peniaga yang kaya raya dapat BR1M hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai. Kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BR1M.

Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dengan kemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh rayuan.

Taraf Perkahwinan

Antara masalah lain pula adalah taraf perkahwinan. Pemohon perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan. Ini kerana ada kes pasangan sudah bercerai tapi suami masih dapat BR1M RM1050.

Sepatutnye dapat RM450 sahaja. Ini mengakibatkan bekas isteri gagal dapat BR1M kerana tidak kemaskini dalam sistem (ini pembelaan kepada hak wanita) dan kepada yang ada mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN.

Pengesahan Tamat Belajar

Pelajar IPT/IPTA yang sebelum ini menerima baucer buku RM250 perlu kemuka dokumen tamat/berhenti belajar untuk layak dapat BR1M (bujang RM450 (untung RM200).

Nama Tersenarai Dalam Tanggungan Lain

Sila semak kembali permohonan anda, ayah dan sebagainya. Jika nama anda tersenarai dalam tanggungan ayah anda, maka anda tidak layak untuk menerima BR1M 2017.

Jumlah Pendapatan Isi Rumah

Ini antara isu utama. Ada yang berpendapatan melebihi yang ditetapkan pun masih memohon BR1M. Jika sebelum ini permohonan anda diluluskan kemungkinan ada dua sebab. Antaranya pendapatan isi rumah anda belum melebihi syarat. Atau sistem tidak berjaya mengesan pendapatan anda dan pasangan. Haha…

Dokumen Berkaitan Yang Tidak Lengkap

Ada beberapa lagi dokumen berkaitan yang perlu dilengkapkan oleh pemohon BR1M 2017. Pihak LHDN akan memberi maklumat lengkap setelah mendapat taklimat daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Rayuan BR1M 2017


Kepada mereka yang bermasalah dengan BR1M 2017 anda boleh membuat rayuan. Rayuan BR1M 2017 bermula 3 April – 31 Mei 2017. Pastikan anda semak kembali maklumat permohonan anda dan kenalpasti punca yang memungkinkan permohonan anda tidak diluluskan.



SEMOGA IANYA MEMBANTU!!!

Cuma nak ingatkan HATERS2 diluar sana, sudah-sudahlah SPIN cerita yang tak benar pasal BR1M... Dapat salahkan kerajaan, tak dapat pun salahkan kerajaan...

No comments:

Post a Comment