Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 8 March 2017

MESTI! PM Najib Jamin Kerajaan Berusaha Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Korea Utara...

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.

Perdana Menteri berkata fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara pulang ke tanah air dengan selamat.

“Saya faham perasaan dan kebimbangan keluarga serta kenalan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara,” kata Najib menerusi catatan di laman blog beliau, hari ini.

Perdana Menteri yang kembali dari lawatan kerja ke Jakarta petang tadi telah mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan tindakan Pyongyang hari ini yang mengenakan larangan sementara ke atas semua warga Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Menurut Najib, beliau telah diberikan taklimat terperinci mengenai situasi semasa yang berlaku ketika ini dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 45 minit itu.

Antara yang hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, seramai 11 rakyat Malaysia, termasuk dua peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kini masih di Korea Utara dan dalam keadaan selamat.

Mereka yang lain terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka. - sumber

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete