Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Monday, 6 March 2017

Cubaan Ragut & Rogol Awek! 2 Akhirnya KOMA...?


KOTA KINABALU: Seorang wanita bertindak berani dengan menyerang dua lelaki bersenjatakan pisau yang hendak meragut dan merogolnya dalam insiden yang berlaku malam Sabtu lepas.

Memetik Sabah Media Berhad (SMB), mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dan memandu seorang diri sebelum memberhentikan kenderaan kerana diekori dua inidividu menggunakan motosikal.

Dua individu tidak dikenali itu segera mengarahkan mangsa membuka cermin dan mangsa tanpa ragu-ragu keluar dari kereta.

Salah seorang suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan wang dan menarik mangsa ke dalam semak.

Wanita yang merupakan atlet karate Sabah bertindak berani melawan kedua-dua suspek yang hendak meragut dan merogolnya.

Menurut sumber, kedua-dua suspek kini berada dalam keadaan koma. -sumber


Dalam artikel lain:

INI PENDATANG TANPA IZIN (PATI)???

Kota Kinabalu – Cubaan dua lelaki pendatang tanpa izin untuk meragut dan merogol seorang gadis tidak berjaya malah suspek turut dibelasah sehingga koma oleh mangsa.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua, 20, sedang memandu seorang diri dari rumah saudaranya di Penampang.

Ketika sampai di Putatan, dia menyedari dua suspek berkenaan sedang mengekorinya dengan sebuah motosikal.

Sebaik sahaja sampai di tempat kejadian suspek berkenaan memintas kereta yang dinaiki mangsa lalu berhenti dihadapannya.

Mereka kemudiannya menyuruh mangsa membuka cermin kereta dan menyuruhnya keluar.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa menurut sahaja arahan suspek.-sumber


Bro: Apapun, kepada semua kaum hawa, kena hati-hati diluar sana. Ada baiknya juga semua belajar ilmu mempertahankan diri bagi menghadapi keadaan yang tidak diingini seperti ini.



No comments:

Post a Comment