Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 1 February 2017

PAN Kata; TUN M @BERSATU Yang IKUT Mereka...

hiasan
Pakatan Harapan tidak mengikut perjuangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemimpin Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat mendakwa, sebaliknya Mahathir dan PPBM yang mengikuti perjuangan Pakatan Harapan.

Beliau yang juga Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan ramai pihak terkeliru berhubung perkara itu.

“Ada sahabat tanya saya kenapa saya ikut perjuangan Mahathir yang saya tentang (lawan) dahulu.

“Saya jawab bukan saya ikut Mahathir, tapi Mahathir yang ikut perjuangan kami dalam barisan pembangkang,” dakwanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai PAN serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pakatan pembangkang selain mendakwa parti Islam itu dipecahbelahkan dua parti tersebut sebelum ini.

Pakatan Harapan kemudian menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Mahathir, bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah setelah anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkir dari jawatan Menteri Besar Kedah.

Mahathir kemudian bertindak menubuhkan PPBM untuk bersengkongkol dengan Pakatan Harapan difahamkan bagi melunaskan dendam, melepaskan geram terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berasa kecewa kerana usaha beliau mengangkat `orang kanannya’, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu ditolak akar umbi parti itu.

Suhaizan dalam pada itu itu menuduh Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355) adalah alat UMNO untuk “memancing” PAS.

Dakwaan beliau itu bagaimanapun langsung tidak berasas kerana RUU355 bukan dicadangkan oleh UMNO, sebaliknya oleh PAS yang membentangkannya di Dewan Rakyat.

PAS membentangkan RUU355 bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah, tetapi ditentang hebat Pakatan Harapan yang mendakwa ia strategi halus PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam hudud.

DAP mendakwa undang-undang hudud jika dilaksanakan di negara ini akan mengundang bias kepada kaum wanita selain bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU355 membimbangkan bukan Islam di negara ini dan didakwa cadangan itu sangat mengelirukan.-sumber

Awas permainan mereka...

No comments:

Post a Comment