Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 1 February 2017

Lim Kit Siang Tidak Faham Konsesus...? -Dewan Ulama PAS

Lim Kit Siang menimbulkan lagi fitnah terhadap Datuk Seri Presiden PAS kononnya tidak mengikut prinsip konsensus kerana tak bersetuju dengan pendirian DAP dan PKR.

Bagi Lim Kit Siang dan yang sama waktu dengannya, tidak bersetuju dengan majoriti maka bererti tidak konsesus.

Dia keliru antara prinsip majoriti dan prinsip konsensus.

Konsensus ialah persetujuan sebulat suara. Semua pihak perlu bersetuju, tidak ada satu pun yang tidak bersetuju, barulah dinamakan keputusan secara Konsensus.

Majoriti ialah kaedah di mana keputusan yang dipersetujui majoriti ahli diterima pakai. Minoriti pula mesti patuh sebagai keputusan kolektif. Tak timbul soal ianya bukan keputusannya. Semua kena menerima.

Pakatan Rakyat memilih kaedah Konsensus, bukan kaedah Majoriti.

Maksudnya, hanya agenda yang dipersetujui secara Konsensus yang boleh dilaksanakan sebagai agenda PR.

Jika ada mana-mana ahli tiga parti dalam PR tidak bersetuju, walaupun semua yang lain bersetuju, maka ianya tidak Konsensus. Justeru, tidak boleh menjadi agenda bersama PR.

Konsensus tidak menghalang mana-mana pihak untuk berlainan pandangan. Konsensus juga tidak memaksa mana-mana pihak mesti bersetuju dengan pandangan majoriti.

Bila Presiden PAS menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermakna beliau menentang prinsip PR. (*Menariknya, akhirnya mahkamah membuktikan tuduhan tersebut semuanya palsu dan fitnah*).

Bila PAS tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon MB oleh PKR dan DAP, itu juga bukan menentang Konsensus. Itu adalah hak ahli dalam prinsip Konsensus. Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti. Akhirnya DAP dan PKR terpaksa memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mengengkari arahan Baginda untuk menghantar sekurang-kurangnya dua nama, bukan hanya satu nama.

Kedua-dua kes tersebut akhirnya membuktikan sikap Tuan Guru Presiden PAS adalah tepat. Akhirnya terbukti DAP dan PKR gopoh dan cuai dalam mengambil tindakan mereka sehingga terpaksa mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Lim Kit Siang tak memahami perbezaan antara Konsensus dengan Majoriti, atau sengaja cuba menegakkan benang basah? Mencipta alasan karut, kerana marah beliau kepada Presiden PAS?

Lim Kit Siang juga sengaja memejam mata terhadap satu lagi prinsip PR iaitu Setuju Untuk Tidak Bersetuju yang dicanang oleh beliau dan Datuk Seri Anwar ke hulu ke hilir satu waktu dahulu.

Jelas, sudah terang lagi bersuluh, dalam PR, mana-mana parti daripada tiga parti tersebut boleh berbeza pandangan. Bila ada perbezaan pandangan, maka Konsensus tidak dicapai dan tidak boleh dijadikan agenda bersama PR.

Bila Konsensus tidak dicapai, sepatutnya DAP dan PKR tidak meneruskan agenda menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Seterusnya tidak juga mencalonkan hanya satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

Tapi malangnya mereka melanggar prinsip Konsensus tersebut. Mereka teruskan walaupun Konsensus tidak dicapai. Sikap tidak mematuhi perjanjian inilah sebenarnya yang membawa kepada perpecahan PR. Selamanya mereka akan melanggar perjanjian.

DAP dan PKRlah yang jelas bersalah memecah-belahkan PR. Mereka menjadikan Presiden PAS sebagai alasan menutup kesalahan mereka.

Sekarang, cerita lama tersebut diulang kembali. Dengan harapan orang ramai tidak cukup cerdik memahami permainan politik kotor mereka.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa, 31 Januari 2017

2 comments:

  1. Lihatlah disyaki jenayah PENGGUBAHAN WANG HARAM kat SingaPORK tu; hasil dr. ROMPAKAN Tanah2 PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA Islam/Melayu kami di PP tu dlm. “CULTURAL GENOCIDE” ke atas BANGSA Bumiputera Islam/Melayu – oleh si KETURUNAN TERORIS PENJAJAH KAFIR HARBI ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-CASH is KING BerSHIT- DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD, kat si PENJAJAH2 Cina SingaPORK terutamanya! Mana SPRM OI?!

    Di - http://mymassa.blogspot.my/2016/02/hampir-13-billion-disimpan-di-singapura.html:

    HAMPIR 13 BILLION DISIMPAN DI SINGAPURA?
    2/18/2016 |

    Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini.

    Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang.

    Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

    Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

    Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

    Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding.

    Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

    Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

    (Tok Landak)

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah, mulai sekarg. SETIAP tanah negeri/kampung-kampung yg. telah lama diduduki RAKYAT terutamanya bangsa BUMIPUTERA; yg. merupakan PRIBUMI/INDIGENOUS Alam Melayu/Nusantara kita ini - mesti diberikan GERAN TANAH KEKAL dgn. SEGERA!

    Ini KRISIS amat KRITIKAL; kalau tidak bangsa BUMIPUTERA terutamanya bangsa BUMIPUTERA Melayu akan terus TERHALAU dr. TANAH MELAYU kita ini sbb. kita tak ada PERLINDUNGAN ke atas TANAH PUSAKA nenek moyang kita mcm. "NATIVE TITLE" di Sabah/Sarawak!

    Tok Landak.

    [BANGSA Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Orang Asli/Indigenous/Native/Aborigines-Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah (SATU) ’Bangsa’ Malaysia, sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU ‘bangsa' Malayan bersatu dgn. MENGHAPUSkan identiti & hak BANGSA Bumiputera yg. PELBAGAI - pelansungan dari agenda-British/ZIONIS-Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete