Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 7 February 2017

HOT! "PENGANJUR JANGAN MEMBAZIR..."- PM DS NAJIB

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penganjur mana-mana program yang dihadiri beliau dan pemimpin kerajaan lain tidak membazir dengan menyediakan perhiasan seperti permaidani merah dan bunga manggar.

Perdana Menteri berkata, kesemua perhiasan sedemikian tidak penting malah menjarakkan beliau dengan rakyat seolah-olah majlis itu mempunyai protokol rasmi dan beliau sukar didekati.

“Kurangkanlah kesemua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran. Elakkan sekiranya boleh kecuali apabila protokol rasmi diperlukan seperti program bersama tetamu dari luar negeri.

“Saya mahu semua pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pegawai-pegawai kanan kerajaan perlu ingat bahawa fokus utama kerajaan adalah interaksi antara rakyat dengan pemimpin, bukan protokol yang mengekang,” katanya menerusi status terbaharu di akaun Facebook miliknya hari ini.

Dalam status yang sama, Najib turut melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada penganjur sebuah majlis yang dihadirinya di Kuala Selangor, baru-baru ini.

“Saya amat gembira apabila melihat tiada permaidani merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, seperti yang saya mahukan dan pernah luahkan tidak lama dahulu. Tahniah kepada penganjur.

“Saya harap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program akan datang yang melibatkan saya atau pemimpin lain,” katanya.-sumber

Bro: Saya sangat setuju!

No comments:

Post a Comment